[Video] Penunggang Motor Maut Dirempuh Lori Mengundur Secara Mengejut, Pemandu Kini Ditahan
Pemandu berusia 32 tahun itu menjelaskan lori berkenaan mengundur sendiri sebelum melanggar pagar pintu keselamatan di kawasan pembinaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pastinya setiap pengguna jalan raya mahu perjalanan pergi ke sesebuah destinasi tiba dengan selamat.
Tetapi kadangkala kita sudah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pemanduan dalam keadaan selamat, namun kecuaian pemandu lain pula yang menjadi punca kepada berlakunya kecederaan atau kematian dalam kalangan pengguna jalan raya.
Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, pemanduan yang selamat untuk diri dan pengguna lain adalah satu perkara yang perlu diambil serius.
Lori Mengundur Tiba-tiba Hingga Rempuh Penunggang Motosikal
Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (23 November).
Difahamkan lori berkenaan sedang mengisi minyak brek sebelum mengundur secara tiba-tiba sehingga memasuki kawasan jalan raya dan melanggar mangsa yang sedang menunggang motosikal.
Jika dilihat menerusi video yang dimuat naik di laman X (@ZharifNewsMPB), mangsa yang pada mulanya menyedari keadaan lori itu cuba untuk mengelak dari keadaan berat tersebut.
Namun motosikalnya terjatuh di atas jalan raya sebelum sempat menyelamatkan diri.
Lori berkenaan turut melanggar sebuah kereta di laluan bertentangan sebelum kenderaan berkenaan berhenti dengan sendirinya.
Penunggang motosikal maut apabila sebuah lori yg sedang mengisi minyak brek mengundur secara tiba-tiba di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, smlm.
— Mas Zharif Zhafri Aziz Desa (@ZharifNewsMPB) November 23, 2024
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan kejadian tersebut.@BuletinTV3 pic.twitter.com/riPxCML7KT
Pemandu Lori Ditahan Polis
Susulan itu, pihak polis telah menahan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal dan juga seorang pemandu kereta yang mengalami kecederaan.
Memetik laporan Berita Harian, lori terbabit berada dalam kawasan pembinaan dan pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 8:34 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu berusia 32 tahun itu menjelaskan lori berkenaan mengundur sendiri sebelum melanggar pagar pintu keselamatan.
“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 32 tahun berada dalam kawasan tapak pembinaan bersama lori dipandunya untuk mengisi minyak brek.
“Ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun.
“Mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Keluarga Penunggang Motosial Yang Maut Mahu Ambil Tindakan Undang-undang
Sinar Harian melaporkan bahawa keluarga mangsa yang maut itu merancang untuk mengambil tindakan undang-undang atas insiden yang terjadi.
Malah, mereka turut berharap agar pemandu lori itu dikenakan hukuman yang setimpal kerana telah meragut nyawa Mohd Hanis.
“Saya tak pasti ketika kejadian arwah ingin ke mana, saya hanya tahu berkaitan kejadian kira-kira jam 10 pagi.
“Kami sekeluarga merancang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu,” jelas abang kepada mangsa dikenali sebagai Muhammad Hanif Sehat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.