Now Reading
34% Rakyat Malaysia Dedah Lebih Sukar Cari Kerja Dari Pasangan Hidup. Betul Ke?

34% Rakyat Malaysia Dedah Lebih Sukar Cari Kerja Dari Pasangan Hidup. Betul Ke?

Hanya 18% sahaja daripada dua pertiga rakyat Malaysia yang berjaya mendapat pekerjaan setara dengan kemahiran mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang baru melangkah keluar dari alam universiti, pasti anda sudah mula mencari peluang pekerjaan kan?

Namun ramai ‘fresh graduates’ yang dilihat sering mengadu di media sosial kerana dikatakan sukar untuk menempatkan diri dalam syarikat diingini atas beberapa faktor seperti kelayakan tidak memenuhi syarat dan persaingan yang tinggi.

Walaupun sudah memohon di banyak platform seperti LinkedIn, MauKerja, Indeed, Jobstreet dan sebagainya, tetapi masih ada yang belum menerima berita gembira sehingga ke hari ini.

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat


Rakyat Malaysia Setuju Lebih Mudah Cari Pasangan Hidup Dari Cari Kerja

Berdasarkan laporan Rnggt yang memetik tinjauan oleh Jobstreet by SEEK, 34% daripada rakyat Malaysia berpendapat bahawa ianya lebih sukar untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang dipelajari berbanding mencari pasangan hidup.

Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada peratusan ini adalah dari segi cabaran keperluan pengalaman serta kemahiran khusus.

Dalam tinjauan ini juga, didapati hanya 18% sahaja daripada dua pertiga rakyat Malaysia yang berjaya mendapat pekerjaan setara dengan kemahiran mereka.


Kekerapan Menukar Pekerjaan

Jobstreet turut mendedahkan bahawa aktiviti mencari pekerjaan baharu dilihat semakin berkurangan apabila berlakunya peningkatan usia.

Hasil tinjauan mendapati bahawa:

  • 55% pekerja berusia 24 tahun mahu menukar kerja dalam tempoh setahun jika kemahiran yang dimiliki tidak selari dengan pekerjaan.
  • Hanya 35% pekerja berusia 25 hingga 34 tahun yang bersedia untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.
  • 26% sahaja pekerja berusia 45 hingga 54 tahun yang mahu mencari kerja baharu.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik/Pexels)

Tips Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Interview Kerja

Kadangkala, ada juga kes apabila seseorang calon dihubungi pada minit terakhir sebelum temu duga pengambilan kerja dijalankan.

Jika berada dalam situasi tersebut, pasti anda akan berasa cuak kerana risau tidak dapat melakukan sesi interview dengan baik. Tetapi usah risau, di sini kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian. Antaranya:

  • Cari maklumat tentang alamat, visi, dan misi di laman web syarikat.
  • Layari media sosial syarikat untuk lihat aktiviti yang sering dijalankan pihak majikan.
  • Fokus terhadap kata kunci untuk jawatan yang dimohon.
  • Buat senarai soalan untuk ditanya kepada syarikat.
Gambar sekadar hiasan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd