Now Reading
Orang Ramai Berpeluang Tukar Al-Quran Tanpa Perakuan KDN Atau Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini

Orang Ramai Berpeluang Tukar Al-Quran Tanpa Perakuan KDN Atau Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini

Anda boleh membuat pertukaran al-Quran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena dengan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).

tukar al quran

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, al-Quran merupakan kitab panduan hidup dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Rasulullah. 

Golongan Muslim dituntut untuk mengamalkan pembacaan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian. Namun dalam zaman yang semakin moden ini, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang sesuka hati mengubah struktur al-Quran daripada asalnya.

Bagi mengelakkan daripada kitab suci ini disalah gunakan, kerajaan telah melakukan kawalan yang ketat antaranya memerlukan pencetak al-Quran, memohon Perakuan Betul yang diuruskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan kandungannya terpelihara serta mengikut standard ditetapkan.


Orang Ramai Boleh Tukar Al-Quran Yang Rosak Secara Percuma

Terbaharu, orang ramai boleh menyerahkan al-Quran yang tiada perakuan KDN atau yang sudah rosak untuk diganti dengan yang baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) secara percuma.

Ini adalah bersempena dengan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (22 November) sehingga 24 November.

KDN dalam satu hantaran infografik di laman Facebook memaklumkan bahawa pertukaran melalui program ‘Jom Exchange Al-Quran (JEQ)’ tersebut terhad kepada satu naskah al-Quran bagi setiap seorang.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Sekadar info, KDN sebelum ini mendedahkan sebanyak 22,414 naskah dan bahan al-Quran tanpa kelulusan dirampas di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2024.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, rampasan yang bernilai lebih RM3.2 juta itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menerusi operasi bermula Januari lalu.

Jelas beliau, rampasan terbabit membabitkan naskah dan bahan al-Quran yang dibawa masuk dari luar negara tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) KDN.

Baca Artikel Berkaitan: KDN Rampas 22,414 Naskah & Bahan Al-Quran Dari Luar Negara Sejak Januari Lalu – Saifuddin


Pelbagai Perkhidmatan Diadakan Di Program 2TM

Program 2TM bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’ itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang.

Acara berkenaan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi serta jabatan kerajaan kepada rakyat yang hadir turut serta.

Selain pameran perkhidmatan daripada kementerian-kementerian, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai yang hadir pada program ini antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.

Sumber: Facebook Jualan Rahmah Madani

PDRM Beri Diskaun 60% Untuk Bayar Saman

Bukan itu sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memberikan pengurangan kadar kompaun saman polis sehingga 60% bagi kesalahan terpilih. Namun, saman terpilih itu tidak dinyatakan di laman web Malaysia MADANI. 

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, boleh hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346 atau 03-2266 3347.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Tawar 60% Diskaun Saman Trafik Pada 22 Hingga 24 November Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd