Now Reading
Guru & Murid Tadika Terperangkap Kepala Air Berjaya Diselamatkan, Ramai Persoal Kenapa Bawa Kanak-kanak Masuk Gua

Guru & Murid Tadika Terperangkap Kepala Air Berjaya Diselamatkan, Ramai Persoal Kenapa Bawa Kanak-kanak Masuk Gua

Sebelum ini, seramai 40 orang mangsa melibatkan guru dan murid tadika berusia 6 hingga 8 tahun di Kuala Terengganu telah terperangkap dalam Gua Ikan, Dabong semalam (21 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cuaca di Malaysia ketika penghujung tahun sememangnya sinonim dengan beberapa episod hujan yang agak lebat terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Susulan itu, masyarakat tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti air kerana dibimbangi boleh merisikokan keselamatan diri.

Walau bagaimanapun, satu insiden tidak diingini telah berlaku kepada sekumpulan guru dan kanak-kanak ketika sedang membuat lawatan di dalam sebuah gua.


Guru Dan Murid Tadika Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air Di Gua

Memetik laporan Buletin TV3, 40 orang mangsa melibatkan guru dan murid tadika berusia 6 hingga 8 tahun di Kuala Terengganu telah terperangkap dalam Gua Ikan, Dabong selepas berlakunya insiden kepala air semalam (21 November).

Difahamkan, mereka datang dari Kuala Berang, Terengganu dengan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Aiman Aminuddin memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 21 kanak-kanak dan 19 orang dewasa telah berjaya diselamatkan.

Sumber: X @redzuannewsmpb

Jelasnya, pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 3:24 petang sebelum tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong digegaskan ke lokasi.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari BBP Dabong dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan satu jentera FRT, satu bot alumium dan sebuah pacuan empat roda.

“Operasi menyelamat dilakukan dengan memunggah mangsa menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Operasi menyelamat kemudiannya tamat sepenuhnya kira-kira jam 5:13 petang.


Masyarakat Pertikai Mengapa Bawa Kanak-kanak Melawat Gua

Kejadian yang berlaku itu kemudiannya meraih pelbagai reaksi dari orang ramai apabila rata-rata daripada mereka berpendapat aktiviti tersebut tidak sesuai dilakukan untuk golongan kanak-kanak.

Ini kerana ia boleh membawa risiko kepada murid-murid tadika yang masih kecil itu.

“Tak ada masalah dengan lawatan ke gua ni, cumanya ni budak tadika. Macam tak sesuai,” ujar pengguna X.

Dalam pada itu, netizen turut mempersoalkan bagaimana tadika tersebut boleh membenarkan aktiviti sedemikian semasa musim hujan.

“Tak ada orang nak bangkang ke masa cadangan buat lawatan tempat-tempat macam ni di musim tengkujuh?” soal pengguna media sosial.

Sumber: X

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti di kawasan berbahaya semasa musim hujan seperti:

  • Mendaki gunung
  • Menyelam
  • Berkelah di tepi pantai
  • Bermandi-manda di laut dan air terjun

Semoga kita semua terlindung daripada segala risiko yang boleh meragut nyawa.

Baca Artikel Berkaitan: “Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Pada November Berdasarkan Faktor Klimatologi” – MET Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd