PDRM Tawar 60% Diskaun Saman Trafik Pada 22 Hingga 24 November Ini
Diskaun pembayaran saman PDRM ini adalah bersempena dengan Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mesti ada di kalangan anda semua yang belum melunaskan bayaran saman kan?
Sesetengah individu dilihat sengaja mengelak untuk membayarnya kerana jumlah kompaun dikenakan adalah terlalu tinggi.
Bagi anda yang berdepan masalah seperti ini, ada berita baik! Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menawarkan diskaun untuk melunaskan tunggakan saman trafik.
PDRM Beri Diskaun 60% Untuk Bayar Saman
Bersempena dengan Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024, PDRM telah memberikan pengurangan kadar kompaun saman polis sehingga 60% bagi kesalahan terpilih.
Mereka yang mahu mengambil peluang ini untuk membayar saman dengan harga rendah boleh berbuat demikian dengan maklumat seperti berikut:
- Tarikh: 22 hingga 24 November 2024 (Jumaat hingga Ahad)
- Waktu: 9 pagi hingga 6 petang.
- Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 60% bagi kesalahan terpilih sempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) pada 22-24 November 2024https://t.co/J8JPv9CwgO pic.twitter.com/bJRj4Bk9eC
— 🇲🇾 Kewangan Graduan (@kewangangraduan) November 20, 2024
Saman Yang Tidak Layak Untuk Mendapat Diskaun
Namun, saman terpilih itu tidak dinyatakan di laman web Malaysia MADANI. Tetapi secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun kecuali:
- Saman Tidak Patuhi Lampu Merah
- Saman Lorong Kecemasan
- Saman Potong Secara Merbahaya
- Saman Potong di Garisan Berkembar
- Saman Kemalangan
- Saman Dalam Perbicaraan
- Saman Tidak Boleh Kompaun
- Saman Berkaitan Lori
- Saman Berkaitan Ekzos
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, boleh hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Aktiviti Menarik Yang Turut Diadakan Selain Kaunter Bayaran Saman
Selain pembayaran saman, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan berlangsung semasa program berkenaan. Antaranya:
- Jualan MADANI melibatkan Industri Kecil Sederhana (IKS)
- Karnival Kerjaya
- Pertandingan e-sukan
- Perkhidmatan kesihatan
- Pertukaran topi keledar percuma, terhad untuk 5,000 unit sahaja
Dengan tema ‘MADANI di hati, rakyat disantuni’, program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada rakyat agar lebih memahami usaha-usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.