Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia
Data daripada Asia Scam Report 2024 yang dikeluarkan oleh Global Anti-Scam Alliance itu turut mendedahkan masyarakat Malaysia adalah yang paling mudah menjadi mangsa penipuan berulang sebanyak 2.5 kali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun sudah banyak cara yang dilakukan untuk membanteras, namun jenayah penipuan di Malaysia masih berleluasa.
Ada sahaja modus operandi licik dan berbeza-beza yang direka oleh mereka bagi mengumpan lebih ramai mangsa.
Antara jenayah scam yang sering berlaku di Malaysia adalah melalui tawaran bekerja, panggilan telefon dan pautan atas talian.
Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook
Baca Artikel Berkaitan: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya
Malaysia Catat Sebagai Negara Paling Ramai Mangsa Jenayah Penipuan Berulang Di Asia
Memetik laporan MalayMail, rakyat Malaysia dicatatkan sebagai golongan yang paling mudah di Asia untuk menjadi mangsa ‘scammer’ iaitu melebihi 2.5 kali.
Data daripada Asia Scam Report 2024 yang dikeluarkan oleh Global Anti-Scam Alliance itu turut mendedahkan masyarakat Hong Kong berada di tempat kedua manakala Thailand pula di kedudukan ketiga.
Menurut Ketua Kelestarian CelcomDigi Philip Ling menjelaskan terdapat dua isu yang menjadi kebimbangan iaitu tahap mangsa berulang kali menjadi sasaran penjenayah dan kekurangan pengetahuan mangsa untuk membezakan penipuan yang menggunakan teknologi AI.
Selain itu, ramai mangsa juga seolah-olah tidak belajar daripada pengalaman dan sering tertipu dengan individu di sebalik panggilan.
“Mangsa tidak belajar daripada pengalaman agak membimbangkan apabila mereka mudah diperdaya semula kerana tidak dapat membezakan sama ada individu yang menghubungi mereka adalah pihak berkuasa yang benar atau palsu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Anti-Scam Engagement Session di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer
Setakat Mei 2024, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima 37,002 panggilan dari mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung adalah sebanyak RM203.33 juta.
Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat 95,094 panggilan yang diterima daripada orang ramai berhubung jenayah scammer sejak penubuhan NSRC.
Peka dengan apa yang berlaku, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi peringatan kepada orang untuk sentiasa berwaspada ekoran kes scam yang semakin meningkat pada masa kini.
Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:
- Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya link pendek bit.ly.
- Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
- Elak kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
- Muat naik aplikasi true caller atau Whoscall untuk mengesan nombor scammer.
Hati-hati semua!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!
Baca Artikel Berkaitan: Hati-hati! Teknik Terbaru Scammer, Menyamar Jadi Kurier Untuk Hantar Fail APK Di Aplikasi Perbualan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.