Now Reading
21.6% Pelajar UTM Dapat Kerja Dengan Gaji Bermula RM4,000 Sebelum Graduasi

21.6% Pelajar UTM Dapat Kerja Dengan Gaji Bermula RM4,000 Sebelum Graduasi

Menurut Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, 22.6% penuntut UTM yang bakal bergraduasi tahun ini bekerja dengan syarikat MNC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Para graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran pasti akan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan diambil mereka.

Namun, ada juga yang telah bermula lebih awal dan mula mencari pekerjaan pada tahun akhir pengajian.

Dalam pada itu, rata-rata graduan pasti mahukan perkerjaan dengan bayaran gaji yang dirasakan setimpal.


Jumlah Penuntut UTM Dapat Kerja Sebelum Graduasi Meningkat

Hari ini (14 November), Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, mengumumkan bahawa sekitar 21.6% penuntut yang bakal bergraduasi tahun ini telah mendapatkan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, malah gaji yang ditawarkan kepada mereka adalah tinggi, iaitu bermula RM4,000 dan ke atas.

Katanya, ini menunjukkan peningkatan berbanding konvokesyen tahun lepas apabila sebanyak 18.4% graduan ditawarkan pekerjaan dengan gaji sedemikian.

“Menurut data dari Kajian Jejak Graduan Kementerian Pengajian Tinggi untuk konvokesyen ke-68 tahun ini, 21.6% atau 480 daripada 2,225 graduan ijazah pertama telah mendapatkan pekerjaan dengan gaji premium,” katanya.


22.6% Pelajar UTM Bakal Bergraduasi Bekerja Dengan MNC

Di samping itu, Ahmad Fauzi menambah bahawa sebanyak 22.6% penuntut UTM yang bakal tamat pengajian tahun ini bekerja dengan syarikat multinasional global (MNC).

“Ini membuktikan bahawa kualiti graduan UTM, dari segi akademik, kemahiran dan etika, sangat relevan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja yang progresif,” katanya dipetik The Star.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar mengenai majlis konvokesyen universiti tersebut yang akan diadakan antara 16 hingga 21 November di Johor Bahru.


UTM Ingin Hasilkan Graduan Premium Tier 1

Ahmad Fauzi berkata UTM bukan sahaja akan memastikan graduannya mendapat pekerjaan, tetapi juga dibayar gaji yang bagus.

Menurutnya, graduan UTM mempunyai kadar kebolehkerjaan 100%. Oleh yang demikian, aspirasi dan sasaran baharu institusi pengajian tinggi itu kini adalah untuk menghasilkan para graduan premium Tier 1.

“Golongan ini termasuk mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan dengan gaji premium melebihi RM4,000 serta mereka yang bekerja di MNC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd