Wanita Thailand Tahan Sakit Perut 18 Tahun, Rupanya Ada Jarum Yang Tertinggal Dalam Faraj
Jarum tersebut telah terjatuh ke dalam faraj wanita itu ketika proses jahitan selepas melahirkan bayi 18 tahun lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila rasa sakit ingin bersalin, rata-rata wanita akan dibawa ke hospital untuk menjalani prosedur bersalin dengan selamat di bawah pemantauan doktor atau bidan.
Selepas melahirkan bayi, normal bagi ibu mengalami rasa sakit pada bahagian bawah abdomen sehingga dua minggu, ketika mana rahim akan mengecut bagi mengelakkan pendarahan berlebihan.
Namun lain pula bagi seorang wanita yang berasa sakit tersebut sehingga bertahun-tahun lamanya.
Wanita Tahan Sakit 18 Tahun Selepas Jarum Terjatuh Dalam Faraj
Seorang wanita di Thailand terpaksa menanggung kesakitan selama 18 tahun apabila satu jarum telah terjatuh ke dalam farajnya sewaktu operasi pembedahan ketika melahirkan bayi.
Wanita berusia 36 tahun yang berasal dari wilayah Narathiwat itu walau bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Menurut badan bukan berasaskan keuntungan di Thailand, Pavena Foundation for Children and Women, wanita itu berasa sakit yang kuat pada bahagian bawah perutnya selama ini. Jarum itu sehingga kini masih tidak dapat dikeluarkan.
Perkara itu dimaklumkan kepada Pavena pada 4 November lalu oleh ketua kampung, Aruman Waengoi, yang meminta bantuan bagi wanita dari daerah Cho Airong itu.
Pembedahan Ditunda Kerana Jarum Di Dalam Faraj Berubah Tempat
Menurut laporan, jarum telah terjatuh ke dalam farajnya ketika proses jahitan selepas melahirkan bayi pada 18 tahun lalu.
Walaupun doktor bertugas cuba untuk mencari jarum berkenaan menggunakan jarinya, namun dia tidak berjaya mengeluarkannya.
Wanita itu kemudiannya mengalami sakit pada bahagian perut yang tidak tertahan. Dia bagaimanapun menahan sakit itu selama 17 tahun disebabkan oleh kemiskinan kerana risau jika mengalami penyakit serius yang memerlukan kos rawatan tinggi.
Sehinggalah tahun 2023 apabila dia tidak dapat menanggung sakit itu lagi dan menjalani imbasan sinar-X di sebuah hospital yang mengesan jarum itu di dalam farajnya.
Walaupun dia telah dihantar ke sebuah hospital di wilayah Songkhla untuk menjalani pembedahan, namun pembedahan tidak dapat dilakukan dan telah ditunda sehingga tiga kali kerana jarum itu kerap beralih tempat di dalam farajnya.
Wanita Perlu Keluar Kos Perjalanan Untuk Ke Hospital
Kini, wanita itu perlu berulang-alik ke hospital sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. Walaupun dia mempunyai insurans bagi kos rawatan, namun timbul isu perbelanjaan yang perlu dikeluarkan bagi perjalanan.
Memandangkan dia datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, dia telah meminta bantuan dari pihak Pavena.
Selepas menerima aduan tersebut, Presiden Pavena Hongsakul telah menghubungi Doktor Kesihatan Umum di Narathiwat, Dr Thanat Awarulhak, dan mengaturkan temu janji dengan wanita terbabit.
Dia juga menghubungi Pegawai Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia, Salinee Wongthong, agar berkunjung ke rumah pesakit itu dan memberi bantuan dari segi pengangkutan untuk ke hospital.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.