KPM Anggap Tidak Lagi Relevan Untuk Kembalikan UPSR & PT3 – Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek KPM akan kekal menumpukan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana menyifatkan UPSR & PT3 tidak lagi relevan untuk dilaksanakan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak lagi dilaksanakan bagi murid Darjah Enam serta Tingkatan 3.
Pemansuhan UPSR pada tahun 2021 manakala PT3 pada 2022 telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat terutamanya ibu bapa yang prihatin terhadap tahap pendidikan anak-anak mereka.
Malah, wujud segelintir pihak yang meminta agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengembalikan dua peperiksaan tersebut sebagai penilaian murid-murid.
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kita Bukan Tikus Makmal” – KPM Masih Akan Mansuhkan UPSR & PT3
Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan UPSR Bebanan Pelajar Adalah ‘Fitnah Besar’, Pakar Akademik Harap Ujian Ini Dikembalikan Semula
Baca Artikel Berkaitan: Ambil Kira Kekangan Masa Murid, PT3 2021 Dibatalkan & UPSR Dimansuhkan
KPM Tidak Akan Kembalikan UPSR & PT3 Kerana Dianggap Sudah Tidak Relevan
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa KPM akan kekal dengan keputusan memansuhkan UPSR serta PT3.
Ini kerana beliau menyifatkan kedua-dua peperiksaan tersebut sudah tidak lagi relevan terutamanya dalam menerajui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tambah beliau lagi, KPM akan kekal menumpukan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
“Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa ketika ini kita tidak akan berpatah balik, dengan mengekalkan (keputusan untuk) menghapuskan UPSR dan PT3 kerana ia tidak lagi relevan.
“Sebaliknya kita memberikan ruang kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini berlangsung dengan baik… apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” jelas Fadhlina.
Beliau berkata demikian ketika ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam (11 November).
Perkara itu dibangkitkan selepas beberapa Ahli Parlimen termasuk Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (WARISAN-Kota Belud), Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) dan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) telah mencelah dan mendesak KPM untuk melaksanakan semula UPSR dan PT3.
Bagaimana PBS Dilaksanakan?
Sebagai info, PBS dilakukan dengan memberi tumpuan kepada beberapa komponen seperti:
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik
KPM berpendapat bahawa pelaksanaan PBS ini sebagai ‘game changer’ kerana tidak lagi hanya berorientasikan peperiksaan. Namun ia kini tertumpu ke arah perkembangan murid secara holistik.
Meskipun UPSR & PT3 dimansuhkan, tetapi masih akan ada peperiksaan akhir yang dilakukan oleh pihak sekolah.
“Masih ada (peperiksaan) sebab itu dalam jawapan saya tadi, saya menegaskan bahawa kita akan mengukuhkan ujian akhir sesi akademik (UASA).
“Ia adalah ujian akhir sebagai sebahagian daripada konteks pentaksiran bagi ibu bapa yang berasakan anak mereka perlu dinilai melalui peperiksaan,” jelas Fadhlina.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.