Now Reading
Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Ke-10 Dunia Yang Paling Patriotik, Singapura Pun Kalah!

Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Ke-10 Dunia Yang Paling Patriotik, Singapura Pun Kalah!

Berdasarkan kajian YouGov, 11% daripada responden Malaysia dengan bangga berpendapat bahawa negara mereka adalah yang terbaik di dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara yang dihuni oleh masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi.

Walaupun hidup dengan pelbagai kaum dan agama, namun ia tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia hidup dengan harmoni serta saling bertoleransi.

Malah, ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari mengenai kaum lain dan memahami antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: 10 Tempat Menarik Boleh Dilawat Untuk Rasai Semangat Patriotik Merdeka


Malaysia Dinobat Sebagai Negara Ke-10 Paling Patriotik Di Dunia

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh YouGov, Malaysia menduduki tangga ke-10 dunia dalam kriteria sebagai negara paling patriotik dengan 11% daripada respondennya dengan bangga meluahkan rasa cinta terhadap negara.

Ia secara tidak langsung memperlihatkan rakyat Malaysia memupuk semangat patriotik dalam diri dan menyayangi tanah air mereka.

Bagi mengukur tahap patriotisme dalam diri, kesemua responden dari 19 buah negara yang terlibat disoal tentang tahap kepercayaan bahawa negara mereka adalah yang terbaik di dunia.

Yang menariknya, terdapat empat negara dari Asia Tenggara yang turut tersenarai dengan Thailand mendahului di tempat keempat (global) diikuti Filipina (tempat keenam) dan Indonesia (tempat ketujuh).

Selain Malaysia dan negara ASEAN, berikut adalah kedudukan 10 teratas dalam kategori sama:

  1. Amerika Syarikat – 41%
  2. India – 36%
  3. Australia – 34%
  4. Thailand – 25%
  5. Arab Saudi – 25%
  6. Filipina – 15%
  7. Indonesia – 14%
  8. United Kingdom – 13%
  9. Denmark – 13%
  10. Malaysia – 11%

Antara negara lain yang turut terlibat dalam kajian ini adalah:

  • Perancis
  • Finlad
  • Norway
  • Sweden
  • Hong Kong
  • Jerman
  • Vietnam
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Singapura

Hasil pemerhatian kami daripada kajian ini, Perancis dan Jerman adalah negara yang memiliki rakyat paling rendah sifat patriotisme dengan skor 5% manakala negara kedua pula adalah Sweden serta Singapura iaitu 7% sahaja.

Meskipun wujud sesetengah masyarakat di dunia yang kurang bersifat cintakan negara, namun kebanyakan daripada responden memberikan markah yang rendah (tidak bersetuju) apabila ditanya sama ada negara mereka adalah negara paling teruk di dunia.

Sumber: YouGov

Malaysia Dinobatkan Sebagai Negara Asia Paling Disayangi

Sebelum ini sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang paling disayangi di Asia.

Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:

  • Singapura (tempat ke-3)
  • Thailand (tempat ke-11)
  • Indonesia (tempat ke-12)
Sumber: TRP

Selain mempunyai flora dan fauna yang mengagumkan serta kehidupan di bandar yang moden, Malaysia turut menjadi pilihan pelancong kerana berpeluang untuk mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

“Orang ramai menuju ke negara Asia Tenggara bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah, tetapi juga meneroka budaya dan tradisi tempatan yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang peramah dan mesra,” ujar portal tersebut.

Selain itu, Seasia.stats juga pernah melaporkan bahawa Malaysia berada pada tempat kedua sebagai negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura pada tahun 2023.

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-58 Sebagai Negara Terkaya Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd