Polis Tahan Lelaki Pukul Anjing Sehingga Mati Dipercayai Untuk Dimakan
Semalam (6 November), video seorang lelaki memukul seekor anjing menggunakan batang besi sehingga mati telah tular di media sosial.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain masalah kucing jalanan, masih terdapat banyak anjing liar yang dilihat berkeliaran di banyak tempat dalam negara.
Kebanyakan anjing liar ini tidaklah ganas, malah turut diberi makan dan minum oleh komuniti setempat.
Lebih kasihan lagi apabila anjing liar menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang memukul dan mendera mereka hingga ada yang mati.
Polis Tahan Lelaki Indonesia Pukul Anjing Sehingga Mati
Semalam (5 November), pihak polis telah menahan seorang lelaki yang memukul seekor anjing sehingga mati di daerah Keningau, Sabah.
Difahamkan bahawa suspek membunuh anjing berkenaan untuk dimasak dan dimakan pada hari yang sama, lapor The Star.
Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Garai, berkata suspek yang merupakan seorang warga Indonesia berusia 39 tahun akan direman selama tiga hari dari 7 hingga 9 November.
Video Dirakam Pada 24 Oktober Lalu
Katanya, rakaman yang tular itu telah dilaporkan oleh seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Keningau.
Sehubungan itu, pihak polis telah berjaya mengesan suspek yang bekerja sebagai mekanik. Dia telah ditangkap di sebuah rumah di Kg Bariawa Laut, Keningau.
“Polis berjaya menahan suspek terbabit dan hasil soal siasat, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan.”
Video itu dirakam rakan sekerja suspek pada 24 Oktober lalu di bengkel berkenaan dan suspek mengaku anjing berkenaan dibunuh,” katanya dipetik Harian Metro.
Polis Kesan Saksi Bagi Membantu Siasatan
Yampil menerangkan bahawa suspek disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan.
Dalam masa sama, pihak polis juga menyiasat kes berkenaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Tambah Yampil, pihaknya masih mengesan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan kes tersebut.
Dia turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.
Video Anjing Dipukul Tular Di Media Sosial
Semalam (5 November), tular di media sosial satu video yang menyaksikan seorang lelaki memukul seekor anjing menggunakan batang besi sehingga mati dipercayai di sebuah kawasan tempat membaiki lori.
Anjing berwarna hitam itu pada mulanya dilihat sedang membersihkan diri sendiri sebelum tiba-tiba didatangi lelaki berkenaan dan dipukul di bahagian kepala beberapa kali.
Kedengaran individu yang merakam insiden itu mentertawakan sahaja keadaan tersebut sebelum dan semasa anjing berkenaan dipukul.
Selepas anjing itu tidak lagi bergerak, ia telah diheret ke bahagian lain di kawasan tersebut, sebelum dipukul sekali lagi sehingga dipercayai tidak bernyawa.
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa kasihan dengan kejadian yang menimpa anjing tersebut dan berharap agar pelaku dikenakan balasan yang setimpal.
Ramai turut berkata bahawa tukang rakam juga harus dikenakan tindakan dan balasan atas kejadian itu.







Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



