Now Reading
Malaysia Terlibat Dalam Draf Resolusi Untuk Singkirkan Israel Sebagai Anggota PBB – PM

Malaysia Terlibat Dalam Draf Resolusi Untuk Singkirkan Israel Sebagai Anggota PBB – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada hari ini (4 November) berkata bahawa Malaysia telah menyediakan draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tindakan kejam yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin dilihat semakin melarat apabila mereka mula berani melancarkan serangan di Lubnan pula pada hujung September lalu.

Serangan terhadap Lubnan itu dipercayai dilakukan dengan tujuan untuk meluaskan lagi tanah jajahan mereka tanpa menghiraukan sebarang undang-undang yang termaktub di peringkat antarabangsa.

Malaysia menegaskan bahawa mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan Rejim Zionis itu yang melancarkan serangan udara dan darat secara berterusan.


Malaysia Syor Israel Disingkir Dari Jadi Ahli PBB

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada hari ini (4 November) berkata bahawa kerajaan Malaysia telah menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Antara intipati dalam draf berkenaan adalah dengan mengesyorkan Israel disingkirkan dari menjadi anggota PBB jika berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan melibatkan Palestin.

Sumber: MalayMail

Jelas Anwar lagi, draf tersebut masih dalam proses rundingan dan akan dibentangkan dalam masa terdekat di Perhimpunan Agung PBB bagi mendapatkan kelulusan.

“Pada 31 Oktober lepas Malaysia telah menyertai Kumpulan Teras (Core Group) bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB memohon Pendapat Nasihat (Advisory Opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB,” katanya.

Selepas resolusi ini diluluskan, ia bakal berfungsi sebagai landasan perundangan untuk membolehkan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) berkhidmat semula di Palestin.

Ini kerana UNRWA pada hujung Oktober lalu telah disekat oleh Israel untuk memasuki Palestin bagi tujuan khidmat asas melibatkan pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan.

Sekatan yang diluluskan oleh kerajaan Israel itu turut mendapat kecaman daripada Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini di laman X beliau (@UNLazzarini).


Peranan UNRWA Di Palestin

Tambah Anwar lagi, UNRWA telah memberikan bantuan kepada masyarakat Palestin sejak 75 tahun yang lalu dan ia dianggap sebagai talian hayat buat rakyat di sana kerana ia merupakan saluran utama untuk mendapatkan pertolongan peringkat antarabangsa.

“Sokongan berterusan Malaysia terhadap UNRWA ini agak kritikal dan kita juga mendapat penghargaan daripada Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini yang dizahirkan kepada menteri luar (Mohamad Hasan) dalam sidang PBB lepas dan memohon kerjasama ini dapat ditingkatkan,” katanya.

Memetik Harian Metro, agensi ini ditubuhkan sewaktu Perhimpunan Agung PBB selepas konflik Arab-Israel pertama yang tercetus selepas penubuhan Israel pada Mei 1948.

Kira-kira 5.9 juta rakyat Palestin kini telah mendaftar di bawah UNRWA bagi membolehkan mereka mendapatkan akses seperti:

  • Penjagaan kesihatan
  • Perkhidmatan sosial
  • Kewangan mikro
  • Bantuan kecemasan
  • Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Video Ceddy Tentang Palestin Dapat Liputan Al Jazeera, Ramai Rakyat Malaysia Tumpang Bangga

Baca Artikel Berkaitan: “You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd