Now Reading
PNB & Khazanah Jual Saham Pelaburan FashionValet RM47 Juta Dengan Nilai RM3.1 Juta – MOF

PNB & Khazanah Jual Saham Pelaburan FashionValet RM47 Juta Dengan Nilai RM3.1 Juta – MOF

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual pegangan saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah operasi laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV) sekali lagi menjadi topik hangat dalam dunia perniagaan.

Memetik laporan Berita Harian, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual hasil saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Hasil penjualan saham tersebut bagaimanapun membuatkan Khazanah dan PNB hanya memperolehi RM3.1 juta.

Sebelum ini, sebanyak RM47 juta telah dilaburkan oleh Khazanah dan PNB pada tahun 2018 sebagai pegangan minoriti dalam Fashion Valet dengan nilai pelaburan masing-masing adalah RM27 juta dan RM20 juta.

Pelaburan itu dilakukan sebagai salah satu usaha untuk menyokong sektor e-dagang tempatan.


Pandemik Covid-19 Beri Cabaran Buat Fashion Valet

Kementerian Kewangan (MOF) dalam persidangan Dewan Rakyat semalam (28 Oktober) menjelaskan bahawa pandemik Covid-19 telah menjadi faktor Fashion Valet terjejas dan ia sekaligus menyebabkan mereka memerlukan modal baharu bagi meneruskan perniagaan.

“Bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar, perniagaan Fashion Valet terjejas teruk dan lanjutan daripada itu, ia memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.

“Pada akhir 2023, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu.

“Justeru, semua pemegang saham bersetuju menerima tawaran berkenaan,” kata Kementerian Kewangan.

Sumber: MalayMail

Sebagai info, perkara ini kembali dipersoalkan selepas Ahli DUN Puching Yeo Bee Yin mempersoalkan tentang pelaburan Khazanah serta PNB dalam FV dan jumlah kurugian daripada penjualan saham dalam syarikat tersebut.

Jelas MOF lagi, jumlah kerugian hasil daripada penjualan saham itu agak kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pendapatan yang dijana oleh dua buah syarikat ini pada tahun tersebut.

“Penjualan itu adalah langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar,” katanya.


Latar Belakang Fashion Valet

Umum sedia maklum bahawa perniagaan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu oleh Datin Vivy Sofinas Yusof bersama suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar sebelum ini telah mendapat dana kewangan dari Khazanah Nasional Berhad yang dimiliki penuh oleh MOF.

Perniagaan ini yang bermula pada tahun 2010 menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk dibeli secara atas talian mahupun di kedai fizikal bertempat di Pavilion Kuala Lumpur dan Bangsar Village II.

Malah, FV turut menjadi salah satu syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Sumber: FashionValet

Kemudian pada tahun 2022, FV telah mengumumkan tentang penghentian operasi mereka sebagai langkah untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah secara atas talian yang lebih bersifat peribadi serta menawarkan ganjaran menarik kepada para pelanggan. 

Vivy juga tampil menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat untuk mengubah strategi perniagaan mereka dengan memberi tumpuan penuh kepada jenama utama iaitu dUCk dan LILIT.

Baca Artikel Berkaitan: Vivy Yusof ‘Buka Mulut’ Isu Penutupan Operasi FashionValet


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd