Now Reading
“Ada Yang Batuk” – Dakwaan Anggur Shine Muscat Ada Bahan Kimia Bahaya Secara Berlebihan Undang Pelbagai Reaksi

“Ada Yang Batuk” – Dakwaan Anggur Shine Muscat Ada Bahan Kimia Bahaya Secara Berlebihan Undang Pelbagai Reaksi

Sebelum ini, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) telah mengeluarkan amaran tentang anggur Shine Muscat yang mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras dibenarkan.

anggur shine muscat didakwa ada bahan kimia berlebihan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang tidak tahu, Shine Muscat adalah sejenis anggur yang agak lain daripada anggur biasa di pasaran. Rata-rata orang ramai lebih menggemari jenis ini kerana dikatakan lebih rangup, manis dan berjus.

Memetik Tajria, buah ini adalah simbol kemewahan dan keistimewaan dalam dunia buah-buahan di Jepun.

Pada ketika ini, anda boleh lihat anggur tersebut dilihat semakin laris terjual selepas dibeli oleh penduduk tempatan. Ada yang menikmati Shine Muscat itu sebagai snek selain mengambil buah berkenaan dalam diet harian.


Thailand Keluarkan Amaran Tentang Pencemaran Kimia Pada Anggur Shine Muscat

Namun baru-baru ini, keluar pula amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat. Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) mendapati kebanyakan sampel yang dikumpul mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum dibenarkan.

Susulan itu, Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

“Hanya sembilan sampel boleh dikenal pasti diimport dari China, manakala negara asal 15 sampel yang selebihnya tidak dapat dikenal pasti.

“Agak mengejutkan apabila kami melihat 23 daripada 24 sampel mempunyai sisa racun perosak melebihi had yang dibenarkan,” ujar pihak Thai-PAN, lapor Bangkok Post.

Sumber: Malay Mail

KPKM Akan Siasat Dakwaan Shine Muscat Yang Tercemar

Sehubungan itu, semalam (27 Oktober), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur import Shine Muscat yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya seperti mana dakwaan agensi Thailand.

Menurut Menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membuat pengesahan.

Sekiranya anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihak mereka akan membuat pengumuman dan tindakan lanjut akan diambil bagi menangani isu terbabit.

“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima aduan berhubung perkara ini. Pengesahan isu ini akan dibuat.

“Kita amat teliti berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal kesihatan dan pemantauan berterusan akan dilakukan. Jika dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya, kita akan ambil tindakan susulan,” jelas beliau.


Ramai Dakwa Shine Muscat Dijual Dengan Harga Murah Sejak Kebelakangan Ini

Hebahan tentang dakwaan anggur Shine Muscat yang tercemar ini kemudian mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik di laman X (Twitter @bharianmy).

Ramai dilihat berasa bimbang kerana sering membeli dan menjamah buah itu.

“Setiap minggu beli. Anak aku suka makan. Allahuakbar,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga mendakwa pencemaran kimia pada buah-buahan tersebut merupakan punca mengapa Shine Muscat dijual dengan harga yang amat murah sejak kebelakangan ini.

“Aku beli dekat tempat aku satu pek lebih kurang RM6 macam tu. Patutlah murah. Main kimia-kimia pulak dah buah ni,” dakwa seorang pengguna X.

Bahkan ada segelintir warganet turut mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan selepas makan buah tersebut.

“Patutlah aku perasan bila makan anggur ni tiba-tiba sakit perut walaupun dah basuh,” dakwa seorang lelaki.

Sumber: X (@bharianmy).

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kesihatan Dakwa Bahaya Makan Kubis Goreng Hangus, Ada Risiko Dapat Penyakit Kanser

Baca Artikel Berkaitan: Produk Shein Dikesan Ada Bahan Toksik Tinggi, Apa Kesannya Pada Tubuh Badan?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd