Pelajar UiTM Puncak Alam Rebah Sebelum Meninggal Dunia Ketika Di Fakulti
Penuntut semester satu UiTM Puncak Alam dikenali sebagai Allahyarham Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20 itu dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ajal maut seseorang telah ditentukan oleh Allah SWT dan tidak akan lewat atau cepat walau sesaat tanpa mengira umur serta keadaan.
Sebagai Muslim, kita wajib percaya dengan perkara ini dan perlu bersiap sedia sekiranya dijemput Ilahi.
Sudah pastinya kita semua mahukan pengakhiran kehidupan yang baik atau juga disebut sebagai husnul khatimah.
Baca Artikel Berkaitan: Ajal Dijemput Ketika Beri Kuliah Subuh, Pemergian Pensyarah USIM Dicemburui Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Pengurus Kanan KWSP Ajal Dalam Sujud Ketika Solat Dhuha
Pelajar UiTM Puncak Alam Meninggal Dunia Ketika Dalam Kuliah
Menerusi laporan Harian Metro, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas rebah secara tiba-tiba di dalam Fakulti Perhotelan.
Kejadian yang berlaku semalam (22 Oktober) kepada penuntut semester satu dikenali sebagai Allahyarham Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20, itu dilaporkan terjadi sekitar jam 5 petang sebelum pihak polis menerima laporan pada jam 10:13 malam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor menjelaskan kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang, waktu itu mangsa secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.
“Penuntut lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya.
Tanda-tanda Pemergian Dengan Cara Husnul Khatimah
Pemergian dalam cara yang baik atau disebut sebagai ‘husnul khatimah’ merupakan sesuatu yang sangat mulia dalam Islam.
Antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan ‘husnul khatimah’ adalah:
- Sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.
- Meninggal dunia pada malam atau hari Jumaat.
- Dahi berpeluh.
- Diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sentiasa melakukan ibadah.
- Menghidap penyakit berkaitan perut.
- Meninggal dalam keadaan lemas, jatuh bangunan atau syahid di jalan Allah SWT.
- Meninggal ketika melahirkan anak.
- Meninggal dunia ketika mempertahankan harta dan maruah diri.
- Meninggal dunia kita melakukan amal soleh.
Kami mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.