Polis Temui Pelbagai Jenis Dadah Dalam Badan Liam Payne
Laporan toksilogi awal mendedahkan antara dadah yang dikesan dalam badan Payne adalah ‘pink cocaine’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 17 Oktober lalu, penyanyi Liam Payne yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah hotel bertempat di Buenos Aires, Argentina.
Memetik laporan BBC, pegawai polis yang tiba di tempat kejadian terdengar bunyi bising yang kuat dalam kawasan hotel di tempat kejadian.
Difahamkan, insiden pemergian Payne berlaku selepas satu jam dia memuat naik satu hantaran di laman Snapchat.
Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Bekas Ahli One Direction, Liam Payne Maut Lepas Terjatuh Dari Hotel Di Buenos Aires
Polis Dedah Hasil Bedah Siasat Temui Pelbagai Jenis Dadah Dalam Mayat Liam Payne
Laporan The Mirror UK menyebut bahawa pihak polis telah menemui pelbagai jenis dadah dalam mayat penyanyi tersebut semasa melakukan proses bedah siasat.
Laporan toksilogi awal mendedahkan antara dadah yang dikesan dalam badan Payne adalah ‘pink cocaine‘ yang merupakan gabungan beberapa jenis seperti methaphetamine, dan ketamin.
Dalam bedah siasat yang sama, mangsa juga didakwa bersendirian semasa terjatuh sebelum dipercayai mengalami kecederaan, trauma serta pendarahan dalaman dan luaran.
Selain itu, seorang pekerja hotel yang disyaki membekalkan dadah kepada bekas ahli kumpulan One Direction ini turut disoal oleh pihak polis. Namun, individu tersebut tidak ditahan.
Bapa Payne iaitu Geoff Payne, memaklumkan bahawa dia kini berusaha untuk mengatur penghantaran pulang mayat anaknya ke England dan upacara pengebumian dijangka diadakan pada awal November.
Latar Belakang Liam Payne
Perjalanan Payne dalam dunia hiburan bermula dalam program televisyen British ‘The X Factor’ pada tahun 2008. Mereka membentuk salah satu kumpulan lelaki paling berjaya dalam sejarah, selain meninggalkan impak dalam industri pop.
Payne mula dikenali ramai selepas menyertai kumpulan British terkenal One Direction. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2010 itu turut dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan.
Selepas 5 tahun beraksi sebagai satu band, One Direction kemudian mengumumkan mereka akan ‘berehat’ pada 2015.
Selepas pengumuman itu dikeluarkan, Payne telah menandatangani perjanjian rakaman dengan Republic Records di Amerika Utara.
Jelajah itu dijangka bermula di Amerika Selatan pada September 2023, tetapi Payne terpaksa menangguhkan tarikh yang dijadualkan selepas mengalami jangkitan buah pinggang.
Pada bulan Mac tahun ini, Payne telah mengeluarkan lagu bertajuk ‘Teardrops’. Payne dan isterinya iaitu bekas ahli kumpulan nyanyian Girls Aloud Cheryl Cole, dikurniakan seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 2017 selepas berkahwin tahun sebelumnya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.