PDRM Siasat Video Tular Kanak-kanak Mengemis Di Depan KLCC
Dakwa lelaki dikenali sebagai Safri, dua orang kanak-kanak berjubah hitam dan seorang lelaki dilihat berlegar-legar di hadapan Suria KLCC untuk meminta sedekah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau dilihat di kawasan bandar atau lokasi tumpuan pelancong di negara ini, pasti anda perasan terdapat golongan individu yang meminta sedekah daripada orang ramai.
Ada yang dilihat betul-betul susah dan tidak mampu mencari pendapatan untuk dirinya sendiri sebagai contoh golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Namun ada juga segelintir pihak yang bertindak menipu hanya untuk mengaut keuntungan daripada orang awam.
Baca Artikel Berkaitan: Mengemis Di Pasar Malam Tapi Miliki Proton X70 Premium
Lelaki Dakwa Ada Sindiket Guna Kanak-kanak Untuk Kutip Derma
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Safri Ali (@safri9631) berkongsi suasana sesak di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC.
Perkara yang mengundang perhatian adalah dua orang kanak-kanak perempuan berjubah hitam bersama seorang lelaki dilihat sedang berlegar di kawasan tersebut. Dakwa Safri, mereka yang dikatakan sebagai warga asing itu sedang meminta sedekah daripada orang ramai.
Lelaki yang meminta sedekah tersebut berkata bahawa dia sedang mengutip derma untuk sebuah sekolah agama di Selangor. Dia juga dalam masa sama menepis dakwaan Safri yang mengatakan dirinya adalah seorang warga asing.
“Hati-hati ya, ramai dah kanak-kanak berkeliaran mencari mangsa. Ini sindiket ya, bukan orang tempatan. Mereka warga asing,” dakwa Safri.
Jelas Safri di hujung perkongsian, dia akan membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang perkara yang sedang dilakukan oleh golongan kanak-kanak serta lelaki itu.
@safri9631 #maiwp #klcc #tempatpelancongan #sakithati #sakitmata #mintasedekah #pdrm #majlisagamaislam ♬ original sound – Safri Ali
Polis Siasat Dakwaan Sindiket Guna Kanak-kanak Untuk Mengemis
Susulan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun menerima laporan semalam (20 Oktober) tentang dakwaan satu sindiket menggunakan kanak-kanak warga asing sebagai peminta sedekah, yang berlegar-legar di sekitar kawasan KLCC.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya kini sedang melakukan siasatan tentang perkara tersebut.
“Kami sedang menyiasat maklumat ini untuk tindakan selanjutnya,” ujar Rusdi.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kanak-kanak Kutip Derma
Ramai pengguna media sosial menunjukkan pelbagai reaksi mengenai situasi itu. Ada individu berkata lelaki yang meminta derma untuk sekolahnya itu perlu menunjukkan surat kebenaran sah.
“Bukan ke nak minta derma sekolah kena ada surat kebenaran pihak berwajib?” tanya seorang pengguna TikTok.
Malah ada individu berkata dia tidak akan memberikan derma kepada individu yang mengemis di jalanan.
“Sebab tu saya tak suka nak beri duit dekat jalanan. Nak impak kasi dekat saluran yang betul,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai bersetuju bahawa bilangan pengemis di kawasan sekitar Kuala Lumpur adalah semakin meningkat.
“Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pulak (pengemis). Dekat kawasan Bukit Bintang pun ada,” kata seorang lelaki.






Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Jalanan Di Filipina Dah Semakin Maju, Guna Imbasan Kod QR Minta Sedekah
Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Pandu Honda CRV: Marina Ibrahim Minta Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram