Lelaki Tular Patahkan Wiper Kereta-kereta Dekat Kawasan Parkir Terminal Bas Di Johor Sudah Ditahan Polis
Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat berkata, lelaki warga asing itu telah bertindak mematahkan pengelap cermin beberapa buah kereta sekitar Terminal Bas Batu Pahat, Johor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes melibatkan individu melakukan khianat terhadap orang awam lebih-lebih di kawasan parkir kenderaan dilihat semakin berleluasa pada masa kini.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila mencabut pengelap cermin (wiper) sebuah kereta yang diletakkan sekitar kawasan Seremban Gateway, Negeri Sembilan.
Perkara yang lebih mengundang perhatian adalah si pelaku turut dilihat membaling wiper itu ke arah cermin hadapan hingga menyebabkan cermin berkenaan retak.
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Tujuan Dia?”- Lelaki Cabut & Baling Wiper Sampai Cermin Kereta Retak Undang Kecaman [Video]
Lelaki Bertindak Agresif & Patahkan Wiper Kereta-kereta Di Kawasan Parkir
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@patibantiban) menyaksikan seorang lelaki bertindak agresif dan melakukan onar terhadap beberapa buah kereta di kawasan parkir.
Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki berkenaan bertindak mematahkan pengelap cermin (wiper) belakang beberapa buah kereta secara tiba-tiba.
Riak wajah si pelaku dilihat seolah-olah sedang berasa marah dan tidak puas hati tentang sesuatu perkara.
Aksi lelaki berkenaan kemudiannya mendapat kecaman daripada orang ramai selain ada yang bersimpati dengan nasib pemilik kereta terlibat.
Dalam masa sama, video perkongsian juga telah mendapat perhatian ramai selepas menerima hampir 4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Lelaki Patahkan Wiper Kereta Ditahan Polis
Hari ini (21 Oktober) lelaki warga asing berumur 25 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis akibat melakukan khianat terhadap beberapa buah kenderaan yang diparkir berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, Johor.
Menurut Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, lelaki tersebut telah bertindak mematahkan pengelap cermin belakang kereta seperti mana dipaparkan dalam video tular di laman TikTok.
Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kes berlaku pada semalam (20 Oktober) sekitar jam 3.30 petang.
“Bertindak atas maklumat yang disalurkan, sepasukan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Batu Pahat telah berjaya menahan suspek seorang lelaki warga asing berumur 25 tahun untuk siasatan lanjut berkaitan kes tersebut,” tambah kenyataan polis.
Suspek juga didapati tidak mempunyai dokumen yang sah.
Polis Jumpa Pisau Lipat Dalam Beg Sandang Suspek
Mengulas lanjut, pihak polis turut menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang suspek semasa proses tangkapan dan pemeriksaan dilakukan.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” jelas Shahrulanuar Mushaddat.
Baca Artikel Berkaitan: Taxi Driver Seen Breaking Another Car’s Wiper After Parking In OKU Spot
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



