Now Reading
Dewan Rakyat Lulus RUU Pindaan Perlembagaan Babitkan Hak Kewarganegaraan

Dewan Rakyat Lulus RUU Pindaan Perlembagaan Babitkan Hak Kewarganegaraan

Seramai 206 ahli Parlimen yang bersetuju manakala seorang tidak bersetuju dan 14 lagi tidak hadir ketika Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 melibatkan kewarganegaraan dibentangkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu melibatkan hak kewarganegaraan menjadi satu perkara yang dibangkitkan dalam kalangan masyarakat selepas segelintir individu yang masih belum jelas dengan status mereka.

Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti status perkahwinan atau kelahiran yang tidak didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berdasarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), terdapat sekurang-kurangnya 10,000 individu tanpa kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia dengan jumlah yang tidak diketahui di Sabah dan Sarawak.


Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 Berkaitan Kewarganegaraan Diluluskan

Memetik laporan Sinar Harian, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 melibatkan kewarganegaraan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam (17 Oktober).

RUU tersebut yang dibahaskan oleh 70 wakil rakyat telah mendapatkan kelulusan selepas menerima keputusan majoriti dengan dua pertiga ahli Parlimen bersetuju.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, seramai 206 ahli Parlimen yang bersetuju manakala seorang tidak bersetuju dan 14 lagi tidak hadir.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
(Sumber: MalayMail)

Jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebanyak 19,317 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan setakat Rabu lalu (16 Oktober).

“Setakat 16 Oktober, saya masih menandatangani dan membuat keputusan (meluluskan) sebanyak 19,317 permohonan.

“Dicampur dengan keputusan yang saya buat pada tahun lalu telah menjadikan jumlah keseluruhan permohonan lulus sebanyak 32,153,” katanya.

RUU terbabit dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mac lalu dan sepatutnya dibahas dan diputuskan pada persidangan Julai namun ia ditangguhkan sehingga Oktober.


Syarat Penguasaan Bahasa Melayu Hanya Untuk Pemohon Usia Antara 40 dan 60 Tahun

Saifuddin turut memaklumkan satu prosedur operasi standard (SOP) akan dibuat terutamanya melibatkan permohonan paling tinggi melibatkan 15A iaitu anak tidak sah taraf, anak angkat dan anak jagaan.

Selain itu, SOP melibatkan 19(1) turut akan diwujudkan iaitu berkaitan permohonan naturalisasi.

Sumber: TRP

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai syarat penguasaan Bahasa Melayu bagi permohonan tersebut.

Jelasnya, syarat berkenaan hanya diketatkan bagi pemohon yang berusia antara 40 dan 60 tahun.

“Untuk itu, (pemohon) umur 90 dia kata nak mati di sini (Malaysia) dan tujuan dia untuk memiliki MyKad adalah mendapatkan bantuan kerajaan, (maka) syarat bahasa dan ujian bahasa itu bukan pertuturan biasa seperti temu duga, tetapi kita mainkan foto dan itu membantu,” ujarnya.

Dalam pindaan yang sama, ia juga memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara Malaysia untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding sebelum ini di mana bapa warganegara sahaja dibenarkan.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Beradik Dalam Dilema, Tiada Warganegara Walaupun Lahir Di Malaysia & Mempunyai Sijil Lahir Sah

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih PM” – Bapa Lega Anak Boleh Kembali Ke Sekolah Lepas 1 Tahun Terlibat Masalah Kewarganegaraan

Baca Artikel Berkaitan: Tempoh Mohon Kewarganegaraan Kini Berkurang Jadi 14 Hari Berbanding 73 Hari Sebelum Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd