Belanjawan 2025: Skim Step Up Financing Dengan RM5 Bilion Diperuntuk Buat Anak Muda Beli Rumah Pertama
Belanjawan 2025 turut memperkenalkan Skim Step Up Financing bagi golongan muda yang mahu memiliki rumah pertama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 yang diumumkan pada hari ini (18 Oktober) telah memberikan berita gembira buat golongan muda yang mahu membeli kediaman pertama mereka.
Dalam pembentangan tersebut, beliau memaklumkan bahawa satu skim akan diperkenalkan iaitu Skim Step Up Financing.
Skim berkenaan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) diwujudkan sehingga RM5 bilion sebagai jaminan kerajaan untuk golongan muda yang mahu memiliki rumah pertama.
Skim ini menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun pertama.
Tips Beli Rumah Pertama

Nak beli rumah macam mana sekalipun, terpulang kepada anda. Tetapi anda perlu pastikan kediaman yang dibeli itu mempunyai ciri-ciri yang baik.
Kepada anda yang pertama kali membeli rumah, jom kami kongsikan tips berguna. Antaranya:
- Semak tahap kemampuan dari segi kewangan.
- Fahami dokumen pinjaman perumahan.
- Pilih unit rumah yang sesuai.
- Fahami dokumen jual beli rumah.
- Semak maklumat pindahan milik rumah.
- Periksa sebarang kerosakan pada rumah.
Kami berharap perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana yang pertama kali ingin membeli kediaman sendiri. Semoga segala urusan dipermudahkan dah dapat ‘unlock’ pencapaian baharu dalam hidup anda!
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.