Now Reading
Belanjawan 2025: RM900 Juta Dana Untuk Bina Rumah Mampu Milik Buat Rakyat

Belanjawan 2025: RM900 Juta Dana Untuk Bina Rumah Mampu Milik Buat Rakyat

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan hampir RM200 juta bagi menyelenggara rumah strata kos rendah dan sederhana awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui hari ini (18 Oktober) telah berlangsungnya sesi pembentangan Belanjawan 2025.

Dalam pembentangan kali ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM421 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk tahun akan datang.

Program Residensi Rakyat (PPR) Dilaksanakan, RM900 Juta Diperuntuk

Antara perkara yang diumumkan dalam sesi pembentangan belanjawan tersebut adalah penyediaan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Menurut Anwar, hampir RM900 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan dan 110 di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Manakala, 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memberi manfaat kepada hampir 17,500 penghuni baharu.

Seragam & Naikkan Bantuan Bina Rumah Baharu Rumah Rakyat

Tidak hanya itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina kepada maksimum RM90,000.

“Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum RM20,000,” katanya.

RM200 Juta Tersedia Untuk Baik Pulih & Selenggara Rumah Strata Awam

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan hampir RM200 juta bagi menyelenggara rumah strata kos rendah dan sederhana awam. Peruntukan itu termasuklah bagi menggantikan lif-lif usang di kediaman terlibat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd