Now Reading
Belanjawan 2025: Ini Senarai Inisiatif Untuk Anak-Anak, Dapat Kurangkan Bebanan Ibu Bapa

Belanjawan 2025: Ini Senarai Inisiatif Untuk Anak-Anak, Dapat Kurangkan Bebanan Ibu Bapa

Antara inisiatif yang disediakan dalam Belanjawan 2025 yang dapat mengurangkan beban ibu bapa adalah kemudahan van oleh Prasarana untuk anak-anak ke sekolah dari stesen tren terpilih dengan hanya bayaran RM0.50 sehala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (18 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Ekomoni Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.

Menerusi pembentangan tersebut, Anwar telah menganggarkan wang peruntukan sebanyak RM421 bilion meliputi 335 billion ringgit belanja mengurus, RM86 bilion ringgit belanja pembangunan tidak termasuk RM 2 bilion simpanan luar jangka.

Ketika pembentangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif yang akan meringankan beban ibu bapa.

Antara inisiatif tersebut adalah:

#1 Lesen, tiket penerbangan pulang ke kampung halaman & topi keledar percuma

  • Menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal buat 15,000 anak muda kurang mampu seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja.
  • Bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman.
  • Topi keledar secara percuma akan diedarkan kepada 67,000 keluarga susah untuk keselamatan anak-anak.

#2 Kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan

  • Daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah.
  • Daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak berusia 7 tahun hingga 18 tahun.
  • Tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.

#3 Bermula 2025 sebanyak 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.

This image has an empty alt attribute; its file name is Student-malay-mail-.jpg
Foto: sekadar hiasan (Malay Mail)
  • Bantuan makanan asrama RM 2 Bilion
  • Rancangan makanan tambahan (RMT): RM870 juta meningkat berbading RM784 juta ringgit. RMT bakal memanfaat kepada lebih 860,000 murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.
  • Hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
  • Untuk meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

#4 Pendidikan Tinggi

Dalam memberikan kemudahan kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi beberapa peruntukan turut disediakan untuk pelajar iaitu:

  • Peruntukan keseluruhan RM4 bilion disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman, serta elaun pendidikan.
  • Selain itu GLIC dan GLC juga komited dalam memastikan sekurang-kurangnya 50% biasiswa dikhususkan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta menengah.
  • PTPTN menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah RM500 juta khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) di IPTA.

#5 Kemudahan van untuk ke sekolah, tambang percuma untuk mahasiswa

This image has an empty alt attribute; its file name is van-sekolah-Malay-Mail.jpg
Foto: Sekadar hiasan (Malay Mail)
  • Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah dari stesen tren terpilih dengan hanya bayaran RM0.50 sehala. Untuk permulaan stesen yang terbabit adalah LRT Sri Rampai dan LRT Melati.
  • Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara menggunakan perkhidmatan BAS.MY

#6 Pembinaan prasekolah baharu

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-cottonbro-3662803-683x1024.jpg
Foto: Pexels
  • Pada tahun hadapan, kerajaan akan membina lebih banyak prasekolah baharu untuk pendidikan awal kanak-kanak seperti 34 prasekolah baharu dan 16 taska serta tabika KEMAS di beberapa kawasan seperti Kinta Utara, Jempol, Segamat, Gopeng, Rompin, dan Kota Samarahan.

#7 Kebajikan dan pendidikan anak-anak autistik

Kerajaan prihatin serta akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik. Oleh itu beberapa insiatif turut disediakan seperti:

  • 11 pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik. Ini termasuk Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
  • 2 sekolah baharu murid berkeperluan khas juga dibina Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta.
  • Sekolah di Johor Bharu akan menjadi sekolah pertama yang bagi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.
  • Elaun murid berkeperluan khan RM150 sebulan juga diteruskan kepada lebih 110 ribu murid Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta.
  • Bantuan yuran pembelajaran anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak, bakal memanfaat 30,000 anak autisme dengan dana RM15 juta.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd