Belanjawan 2025: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & SARA Naik Kepada RM13 Bilion
Peningkatan sumbangan ini memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60% penduduk dewasa negara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (18 Oktober), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025.
Menerusi pembentangan itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan berjumlah RM421 Bilion berbanding Belanjawan 2024 sebanyak RM393.8 bilion.
Menurut Anwar, kerajaan meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun hadapan menjadi RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.
Peningkatan Sumbangan Bakal Beri Manfaat Kepada 9 Juta Pengguna
Peningkatan sumbangan ini memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60% penduduk dewasa negara.
“Penambahan peruntukan RM3 bilion ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ketimbang RM3,700.
“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggal pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup,” katanya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.