Yana Najib Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah MATRADE
Surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah diserahkan kepada Datin Nooryana Najwa oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican, sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah 2024 semalam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Datin Nooryana Najwa, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sememangnya merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena politik negara.
Mengetuai Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, dia pada September baru sahaja meraikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.
Nooryana Najwa Dilantik Sebagai ALP MATRADE Bersama 2 Individu Lain
Terbaharu, Nooryana meraikan satu lagi kejayaan apabila dia dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang baharu.
Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi hantaran di Facebook semalam (15 Oktober) mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tahun 2024.
Dia turut mengumumkan pelantikan dua lagi ALP MATRADE baharu, Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim, yang telah melafazkan sumpah ikrar bebas rasuah bersama Nooryana.
Reezal Belum Jelaskan Pelantikan Nooryana Najwa
Menurut Reezal, mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024 yang dipengerusikan olehnya diadakan bagi menilai hala tuju semasa dan rancangan yang akan dilaksanakan oleh pihaknya pada tahun ini.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyerahkan surat pelantikan ALP baharu MATRADE, Nooryana Najwa dan menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama-sama dua lagi ALP iaitu Hairil Yahri dan Mastura.
“Tahniah diucapkan kepada Datin Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP MATRADE,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Keputusan melantik Nooryana sebagai ALP MATRADE bagaimanapun masih belum dijelaskan oleh Reezal.
Yana Najib Exco Puteri UMNO Malaysia
Merupakan anak kepada Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana memegang ijazah Industrial Economics dari University of Nottingham.
Lebih mesra dengan panggilan Yana Najib, dia sebelum itu mendapatkan ijazah Bachelor of Science in Foreign Service dari Universiti Georgetown.
Pada tahun 2015, dia telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Daniyar Kessikbayev, yang berasal dari Kazakhstan. Mereka mengenali satu sama lain sewaktu melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan telah bertunang pada Jun 2011.
Yana merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan anak bongsunya, Amelia Rahah Daniyar, menjadi cucu perempuan Najib yang pertama.
Baca Artikel Berkaitan: Genap Setahun Dipenjara, Najib Razak Dapat Cucu Perempuan Pertama
LHDN Tarik Balik Rayuan Saman Terhadap Yana
Selain berkhidmat sebagai Ketua Puteri bagi bahagian Lembah Pantai, Yana juga dilantik sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.
Yana lantang bersuara mengenai pembebasan Najib terkait kes 1MDB dan pernah menyuarakan kekecewaan apabila bekas Perdana Menteri itu tidak diberi pengampunan.
Pada 2022, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menarik balik rayuannya berhubung samannya terhadap Yana bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan tidak dibayar.
Malah pada tahun sama, Yana mengakui bahawa bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner telah membantunya bagi mendapatkan tawaran sebagai pelatih di firma ekuiti swasta global, TPG di London
Selepas 11 bulan berkhidmat sebagai pelatih, Yana dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa serta dipindahkan ke TPG Hong Kong dan bekerja selama 18 bulan.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Cuma Gadis Powerpoint & Buat Kopi” – Yana Najib
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.