Ini Sebab Mengapa Subsidi & Pelepasan Cukai Untuk Pemilikan Haiwan Boleh Kurangkan Beban
Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, sesetengah pemilik haiwan peliharaan memohon subsidi atau pelepasan cukai akan diberikan untuk menampung kos perbelanjaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kos sara hidup yang semakin meningkat telah memberi kesan kepada pemilik haiwan peliharaan, aktivis haiwan dan pengendali tempat perlindungan haiwan.
Ia secara tidak langsung mempengaruhi keupayaan mereka untuk menyediakan penjagaan yang optimum bagi haiwan peliharaan mereka atau menyelamatkan haiwan terbiar.
Begitu juga dengan tahun-tahun sebelumnya, mereka turut memohon bantuan kerajaan bagi meringankan beban melalui pengecualian atau pelepasan cukai untuk pemilikan haiwan peliharaan.
Kos Penjagaan Kesihatan Haiwan Boleh Cecah Ribuan Ringgit
Salah satu kos besar dalam pemilikan ini adalah dari segi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan haiwan yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Bukan itu sahaja, kos vaksinasi, ubat cacing dan kutu, proses pemandulan dan dandanan boleh meningkat dengan mendadak.
Sebelum ini, The Vibes melaporkan bahawa kos untuk memandulkan anjing jantan adalah sekitar RM180 hingga RM300 manakala harga untuk memandulkan kucing jantan pula berada dalam lingkungan RM120 sehingga RM180.
Sementara itu, memandulkan anjing betina pula boleh menelan kos sekitar RM200 hingga RM400 manakala kucing betina memakan kos sekitar RM150 hingga RM250.
Kos tambahan itu termasuk ubat-ubatan serta bilangan hari haiwan peliharaan perlu ditinggalkan di klinik.

Apakah Bantuan Kewangan Atau Jenis Cadangan Untuk Pelepasan Cukai?
Presiden Stray Animal Foundation Malaysia, Kalaivanan Ravichandran mencadangkan agar kerajaan menyediakan subsidi atau bantuan kewangan untuk perkhidmatan seperti pemandulan.
Pemandulan adalah penting untuk mengawal populasi haiwan terbiar dan ia juga mempunyai kesan positif jangka panjang dalam mengurangkan masalah pembuangan najis pelupusan haiwan.
Kalaivanan menyatakan bahawa dengan adanya subsidi dan geran kepada penjaga dan tempat perlindungan haiwan, kerajaan boleh sama-sama membantu memastikan kebajikan haiwan terpelihara.
Subsidi dan geran untuk penjagaan kesihatan haiwan juga boleh membantu pemilik haiwan peliharaan yang kurang bermampuan untuk menjaga haiwan kesayangan dengan lebih baik.
Sementara itu, pemilik haiwan peliharaan pula berharap bantuan dari segi pelepasan cukai dalam belanjawan persekutuan akan datang kerana perbelanjaan bulanan untuk menjaga haiwan kesayangan mereka juga agak tinggi.

Salah seorang rakan sekerja kami yang mempunyai hampir 40 ekor kucing di rumah tidak mendedahkan jumlah kos sebenar yang dikeluarkan oleh dia dan suaminya setiap bulan untuk menjaga si bulus namun dianggarkan ia berjumlah RM500 hingga RM800 untuk empat hingga lima ekor kucing.
Kesemua kucing tersebut adalah haiwan yang diselamatkan atau pada awalnya hanya datang ke rumah untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal sebelum akhirnya menjadi penghuni tetapi di rumah mereka.
Katanya lagi, kos untuk menguruskan hasil pembuangan mereka sahaja sudah mencecah RM350 sebulan untuk 10 ekor kucing.

Apabila bercakap tentang makanan pula, harga semakin meningkat dengan agak pesat untuk jenama tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai contoh, satu beg 7kg kibbles adalah kira-kira RM130 pada tahun 2020 namun kini ia berharga sekurang-kurangnya RM170. Bukan itu sahaja, berat makanan itu turut diturunkan dari 7 kepada 6.6kg.
Kos lawatan doktor haiwan juga meningkat dengan ketara apabila tiga ekor anak kucing yang mengalami selesema dikenakan kos antara RM50 sehingga RM120.
Macam mana dengan insurans haiwan peliharaan pula? Insurans haiwan peliharaan asas di Malaysia dianggarkan bermula dari RM40 ke atas, bergantung kepada jenis haiwan peliharaan, baka, saiz, dan umur.

Sementara itu, kerajaan juga dicadangkan untuk mula dengan memberi sedikit kelegaan kepada pemilik kucing dan anjing sebagai langkah pertama kerana ia merupakan antara haiwan yang paling banyak dibela.
Kerajaan juga boleh menetapkan syarat tertentu bagi pemilik haiwan peliharaan yang layak mendapat pelepasan cukai seperti hanya memberi pelepasan cukai untuk haiwan peliharaan yang berlesen dan bercip mikro dengan sijil pemeriksaan doktor haiwan secara tahunan.
Setelah dasar itu diperbaiki dan menjadi semakin baik, kemudian ia boleh menjadi titik permulaan bagi kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai ini untuk pemilik haiwan lain termasuk burung kakak tua dan bintang eksotik.
Seorang netizen menjelaskan bahawa adalah munasabah untuk berbuat demikian kerana menjaga kesihatan haiwan peliharaan melalui vaksinasi dan ‘deworming’ juga memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Adakah Negara Lain Mempunyai Pelepasan Cukai Yang Sama Untuk Pemilik Haiwan Peliharaan?
Setakat ini, belum ada lagi negara yang menawarkan pelepasan cukai untuk pemilik haiwan peliharaan.
Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat, terdapat pelepasan cukai untuk haiwan yang menawarkan perkhidmatan dan sokongan emosi, haiwan yang bekerja, binatang ternakan dan haiwan yang membuat persembahan.
Pemilik haiwan peliharaan juga boleh mendapatkan potongan cukai untuk perbelanjaan memindahkan haiwan peliharaan tetapi mereka mesti memenuhi syarat tertentu oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS).
Derma kepada badan amal haiwan peliharaan juga boleh ditolak cukai. Sementara itu, sukarelawan di pusat perlindungan haiwan atau organisasi penyelamat pula boleh memotong kos bahan api.
Di samping itu, sesetengah negeri di Amerika menganggap haiwan peliharaan sebagai ‘harta peribadi‘ dan boleh mengenakan cukai kepada pemilik haiwan peliharaan.
Baca Artikel Berkaitan: Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Shah Alam, Masuk Percuma!
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



