Now Reading
Bukit Bintang Disenarai Sebagai Lokasi Ke-10 Paling ‘Overrated’ Di Asia

Bukit Bintang Disenarai Sebagai Lokasi Ke-10 Paling ‘Overrated’ Di Asia

Antara faktor yang menyebabkan Bukit Bintang dikatakan sebagai lokasi ‘overrated’ di Asia adalah kerana terlalu bising dan dipenuhi dengan orang ramai sepanjang masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain ingin melawat Menara Berkembar Petronas KLCC, antara aktiviti yang akan dimasukkan dalam itinerari seseorang yang melawat Kuala Lumpur adalah untuk berkunjung ke Bukit Bintang.

Lokasi ini juga dikatakan mempunyai laluan pejalan kaki yang dianggap mempunyai aura sama seperti Shibuya Crossing di Jepun kerana memilki laluan melintas jalan yang dipenuhi ramai masyarakat.

Kalau datang ke Bukit Bintang pada waktu malam, anda akan melihat suasana yang lebih meriah dengan adanya persembahan nyanyian dari kumpulan busker serta cahaya lampu yang sesuai untuk mereka yang mahu ber-OOTD.


Bukit Bintang Didakwa Sebagai Lokasi Overrrated?

Meskipun Bukit Bintang merupakan salah satu kawasan yang dipenuhi dengan pelancong tempatan dan luar negara, namun ia dikatakan menjadi lokasi ‘overrated’ seperti mana yang dilaporkan oleh Times of India.

Sebagai info, ‘overrated’ membawa maksud kepada pujian yang berlebihan diberikan kepada sesuatu perkara dan ia seolah-olah tidak menepati jangkaan seperti mana ia diperkatakan.

Dalam laporan tersebut, Bukit Bintang dikenali sebagai lokasi yang popular untuk membeli-belah dan menikmati kehidupan pada waktu malam.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, kawasan tersebut dikatakan terlalu ramai dengan pengunjung dan terlalu bising sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, Bukit Bintang turut dipercayai memiliki harga barangan yang agak mahal.

Faktor-faktor ini sekaligus menyebabkan Bukit Bintang tersenarai dalam kedudukan ke-10 dalam lokasi paling ‘overrated di Asia.

Antara kawasan lain sekitar Asia yang turut berada dalam senarai ini adalah:

1. Phuket, Thailand
2. Bali, Indonesia
3. Great Wall of China
4. Baga Beach, Goa, India
5. Halong Bay, Vietnam
6. Angkor Wat, Cambodia
7. Mount Fuji, Jepun
8. Ubud, Bali, Indonesia
9. Taj Mahal, India
10. Bukit Bintang, Malaysia


7 Jenis Makanan Yang Viral Di Bukit Bintang

Bagi anda yang belum pernah ke Bukit Bintang dan teringin untuk berkunjung ke sini buat pertama kali, jangan risau kerana ada banyak makanan menarik yang viral anda boleh cuba di sini.

Sumber: KL Foodie

Cakap je nak makan apa, boleh dikatakan semuanya ada di Bukit Bintang. Antaranya:

  • Don Don Donki Wagyu Skewer
    • Ground Floor, Lot 10, Shopping Centre, G8-G11, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
  • Aiskrim 32 Parfait
    • G12-1, Ground Floor, Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Kunafa Crisp
    • 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Halab Gate Shawarma
    • 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Lan Zhou Mee Tarik
    • 42G, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Nasi Kahwin Hari Hari
    • Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Boleh Seafood Pot
    • 69, Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sumber: Facebook/Nasi Kahwin Hari Hari

Semoga senarai lokasi makanan ini dapat membantu anda yang mahu terokai hidangan menarik di Bukit Bintang. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Tutup Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Kerana Tiada Lesen Sah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd