TikTok Dilaporkan Berhentikan Lebih 500 Pekerja Di Malaysia
Menurut laporan The Malaysian Reserve (TMR), maklum balas manusia diguna untuk meningkatkan ketepatan dan keupayaan (kecerdasan buatan) AI menerusi platform TikTok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, dunia kini semakin berkembang dengan penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI).
Ia bukan sahaja digunakan buat para pelajar mengulang kaji pelajaran, malah AI ini dilihat semakin giat digunakan dalam sektor pekerjaan yang mana ia sedikit sebanyak membantu tugasan manusia.
Bagaimanapun, penggunaannya yang semakin meluas telah mengundang kebimbangan orang ramai selepas pakar mendedahkan ia boleh membawa ‘ancaman’ dan menggugat tenaga kerja manusia dalam sesebuah syarikat.
Baca Artikel Berkaitan: Analisis Dapati 8 Juta Pekerjaan Di UK Bakal Lenyap, AI Jadi Pengganti
TikTok Berhentikan Ratusan Pekerja Di Malaysia
Baru-baru ini, syarikat pemilik TikTok, ByteDance dilaporkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan lebih daripada 500 pekerjanya di Malaysia.
Difahamkan, keputusan tersebut dimaklumkan kepada pekerja menerusi e-mel yang dihantar kepada kakitangan terlibat, lapor portal The Malaysian Reserve (TMR).
Tambah laporan tersebut, majoriti kakitangan yang bekerja untuk kandungan video di platform terbabit tidak hanya terhad di Asia Tenggara sahaja, tetapi di rantau lain juga.
“TikTok menggunakan gabungan sistem automatik dan manusia sebagai moderator untuk mengendalikan kandungan di platform terbabit.
“Proses ini direka khas untuk menapis kandungan tidak sesuai, berbahaya atau melanggar polisi berkaitan AI TikTok melalui pembelajaran yang dikawal selia manusia.
“Maklum balas manusia diguna untuk meningkatkan ketepatan dan keupayaan kandungan AI,” lapor TMR lagi.
Terdahulu, CNN melaporkan bahawa TikTok dalam rancangan untuk memberhentikan pekerja dalam sektor operasi dan pemasaran di peringkat global.
Pemberhentian berkenaan bagaimanapun dikatakan tidak berkait dengan pergolakan undang-undang dan politik yang dihadapi syarikat itu di Amerika Syarikat.
The Information kemudiannya melaporkan kira-kira 1,000 pekerja sedia ada berkemungkinan terjejas dan boleh diberhentikan.
Pemberhentian Pekerja TikTok Undang Pelbagai Reaksi
Hebahan mengenai berita ini kemudiannya mencuri tumpuan orang ramai di laman X (Twitter).
Pengguna dikenali sebagai Fadzli Nasir mendakwa bahawa pemberhentian pekerja yang dilakukan oleh ByteDance pada ketika ini hanyalah permulaan kepada AI untuk mengambil alih pekerjaan manusia.
700 pekerja kena buang kat bytedance ni hanya permulaan kepada AI taking over the repetitive jobs.
— Fadzli Nasir (@wolfipali) October 10, 2024
Akan lebih banyak menyusul tahun ke depan. Kalau tgk, macam tol tak perlu penjaga dan kaunter supermarket self-serve
Era AI, manusia with knowledge dan good psikologi akan menang
Ramai juga di ruangan balas yang bersetuju dengan perkara dimaklumkan oleh Fadzli. Lelaki bernama Hafizi menjelaskan bahawa penggunaan AI sebenarnya adalah bagus namun para pekerja haruslah meningkatkan kemahiran agar diri sendiri tidak menjadi ‘mangsa’ pada masa akan datang.
Yup betul bro
— Hafifi Izzuddin (@izsmin) October 10, 2024
Kalau kita terlalu selesa sekarang & tak upgrade skill, mungkin next kita yang akan jadi mangsa kepada ai ni nanti
Ai ni bagus sebenarnya
Mudahkan kerja
Jimatkan kos
Kita pun kena pandai
Setuju bro. Nak taknak sekarang orang dah kena keluar comfort zone. Sebenarnya banyak opportunity, cuma perlu upgrade dan reskilling. AI boleh jadi complementary tools je nanti.
— Azlimmmm (@azlimmmm) October 10, 2024
Everything will go to AI now. Just the best will stay in the company
— Zee Em (@zee_yusoff) October 10, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



