Kool 101 Buka Peluang Kerja Untuk Kakitangan TikTok Malaysia Yang Diberhentikan
Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh stesen radio Kool 101 adalah penyampai radio, penyampai berita, penerbit kandungan dan lain-lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Syarikat ByteDance yang menjadi pemilik kepada platform TikTok baru-baru ini dilaporkan telah memberhentikan lebih 500 pekerjanya di Malaysia selepas menghantar notis menerusi e-mel kepada kakitangan terlibat.
Memetik laporan Berita Harian, perkara itu dilakukan sebagai salah satu usaha TikTok untuk beralih tumpuan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas.
Pengumuman yang dilakukan saat akhir itu pastinya mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi kakitangan yang terlibat.
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Dilaporkan Berhentikan Lebih 500 Pekerja Di Malaysia
Stesen Radio Kool 101 Tawar Kerja Kepada Pekerja TikTok Malaysia Yang Diberhentikan
Prihatin dengan situasi yang berlaku, stesen radio tempatan iaitu Kool 101 menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@kool101my) tampil untuk cuba menghulurkan bantuan.
Dalam hantaran berkenaan, Pengarah Kandungan Kool 101 yang dikenali sebagai Rara memaklumkan bahawa mereka mengambil berat tentang keadaan yang berlaku apabila diberhentikan secara mengejut.
Susulan itu, stesen radio berkenaan menawarkan pekerjaan kepada kakitangan TikTok Malaysia yang diberhentikan.
“Kami mendengar kesusahan anda apabila anda diberhentikan secara tiba-tiba. Sebagai jenama media kreatif, kami ingin menawarkan pekerjaan kerana kami mahukan anda,” Kool 101 dalam kenyataannya.
Antrara peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah:
- Penyampai radio
- Penyampai berita
- Penerbit kandungan media sosial
- Penerbit kandungan
- Pemasaran
Mereka yang berminat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan itu boleh memberi resume ke heykool101@mediaprima.audio atau menghantar pesanan mesej (DM) di laman Instagram mereka.
Sebagai info, Kool 101 adalah anak syarikat bawah Kool FM Radio Sdn.
Orang Ramai Puji Tindakan Kool 101 Hulur Pertolongan
Tindakan Kool 101 yang menawarkan kerja kepada mereka yang terlibat dalam situasi yang berlaku di TikTok Malaysia itu meraih perhatian masyarakat dengan rata-ratanya memberikan pujian kepapda stesen radio berkenaan.
“Tahniah Kool101”, puji netizen tersebut kepada stesen radio itu.
Malah, ada juga yang bertanya sama peluang pekerja itu dibuka kepada masyarakat umum yang mahu bekerja secara ‘part time’ dan bukan bekas pekerja TikTok.
“Bukan bekas pekerja ByteDance boleh apply tak?” soal netizen.
Pada masa yang sama, tawaran pekerjaan oleh Kool 101 turut mengujakan ramai pihak yang dilihat mahu cuba peluang berkenaan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.