Now Reading
Indonesia Sekat Jualan Barisan iPhone 16, Mahu Tunggu Hingga Apple Tambah Pelaburan 

Indonesia Sekat Jualan Barisan iPhone 16, Mahu Tunggu Hingga Apple Tambah Pelaburan 

Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita turut memaklumkan pelaburan Apple di Indonesia tidak mencapai paras tertentu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 10 September lalu, Apple telah melancarkan iPhone keluaran terbaharu mereka iaitu iPhone 16.

Bagi iPhone 16 bersaiz paparan 6.1 inci, harganya bermula dari RM3,999 manakala iPhone 16 Plus dengan paparan berukuran 6.7 inci pula dijual dari RM4,499.

Pastinya pelancaran telefon terbaharu ini mengujakan mereka yang mempunyai minat dalam dunia gajet dan teknologi khususnya peminat jenama Apple.


Penjualan iPhone 16 Di Indonesia Disekat Oleh Kerajaan

Namun bagi penduduk di Indonesia, mereka dilaporkan mengalami kesukaran untuk mendapat telefon iPhone 16 tersebut selepas kerajaan mereka tidak membenarkan gajet itu dijual di negara berkenaan.

Memetik laporan CNA, Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita pada Selasa lalu (8 Oktober) telah mengesahkan perkara itu selepas ia dikaitkan dengan pelaburan Apple di Indonesia.

Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita.
(Sumber: Kompas.com)

Jelas Agus, Apple perlu memenuhi komitmen pelaburannya dengan memperbaharui syarat-syarat sijil kandungan tempatan atau Tingkat Kandungan Dalam Negeri (TKDN) yang sudah luput sekiranya mahu menjual varian iPhone 16.

“iPhone 16 milik Apple tidak boleh dijual di Indonesia buat masa ini memandangkan pelanjutan sijil TKDN masih belum selesai, sehingga kini kami sedang menunggu pelaburan dari pihak Apple,” dedah Agus.

Sebagai info, TKDN merujuk kepada mutu serta kualiti komponen domestik pada sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Bagi membolehkan Apple sijil TKDN, mereka perlu memenuhi syarat nilai Paras Komponen Domestik dengan nilai sekurang-kurangnya nilai 40%.

Sumber: Apple

Selain itu, Agus turut memaklumkan bahawa pelaburan syarikat berkenaan di Indonesia tidak mencapai paras tertentu.

Buat masa ini, Apple hanya membuat pelaburan sebanyak RM405.76  juta (IDR1.48 trilion) dan ia dikatakan kurang daripada komitmen asal iaitu sekitar RM467.5 juta (IDR1.71 trilion).


Tiga Skim Untuk Penuhi Keperluan TKDN.

Di bawah peraturan Kementerian Perindustrian yang menggariskan syarat dan prosedur untuk mengira nilai kandungan tempatan bagi peranti elektronik, Apple boleh memenuhi keperluan TKDN melalui tiga skim iaitu:

  1. Skim pembuatan tempatan di mana produk perlu dikeluarkan dalam negara.
  2. Skim aplikasi tempatan yang melibatkan pembangunan aplikasi dalam negara.
  3. Skim pembangunan inovasi yang memberi fokus kepada penciptaan produk inovatif dalam negara.

Keunikan iPhone 16 Sehingga Menjadi Rebutan Ramai

Sumber: Apple

Terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang ada pada iPhone 16 sehingga ia menjadi tarikan dan minat orang ramai untuk mendapatkannya.

Antaranya:

  • Ditampilkan lebih istimewa dengan adanya cip Apple A18 iaitu cip yang terkini hasil buatan Apple silicon.
  • Memiliki Apple Intelligence yang menyokong kecerdasan buatan atau turut dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI).
  • Mempunyai pilihan butang tambahan yang diletakkan di bahagian tepi sebagai butang tindakan khas (Action button).
  • Menampilkan kamera Fusion 48MP dengan penderia empat pixel yang lebih pantas dan boleh membuat rakaman video 4K120 fps dalam Dolby Vision.

Baca Artikel Berkaitan: Apple Lancar iPhone 16 Dengan Harga Dari RM3,999. Mula Dijual Di Malaysia Pada 20 September Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd