Now Reading
Kanak-kanak Perempuan Umur 12 Tahun Hilang Lepas Turun Ambil Makanan Dalam Kereta

Kanak-kanak Perempuan Umur 12 Tahun Hilang Lepas Turun Ambil Makanan Dalam Kereta

Kanak-kanak hilang bernama Madrafataha binti Indal Bangsawan itu diminta oleh ibunya turun ke kereta di kawasan parkir untuk mengambil makanan sekitar jam 2:20 petang semalam (10 Oktober).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia semakin menggusarkan selepas ia menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir-akhir ini.

Memetik data dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), purata kanak-kanak yang hilang dalam tempoh empat tahun dalam tempoh bagi 2020 sehingga 2023 adalah sekitar dua kes sehari.

Statistik menunjukkan sebanyak 3,067 kes membabitkan mangsa yang berada dalam lingkungan usia sehingga 18 tahun.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Budak Lelaki Dilaporkan Hilang, Rupanya Terperangkap Dalam Lif 9 Jam

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Albertine Leo Ditemui Di Batang Kali Dalam Keadaan Selamat


Kanak-kanak 12 Tahun Hilang Ketika Turun Ambil Makanan Dari Kereta

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang semalam (9 Oktober) selepas diminta oleh ibunya untuk turun ke kereta bagi mengambil makanan.

Menurut Polis Daerah Klang Selatan kereta tersebut diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat berhampiran Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Madrafataha binti Indal Bangsawan dan kali terakhir kanak-kanak itu dilihat adalah dengan berbaju t-shirt sukan berwarna hijau dan seluar trek berwarna hitam.

Mengikut deskripsi yang dikeluarkan polis, mangsa merupakan seorang yang berbadan kurus, berkulit cerah, berketinggian lebih kurang dari 150cm dan berambut paras bahu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan bahawa pihak mereka menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian sekitar jam 8:59 malam semalam (9 Oktober).


Ibu Cuba Cari Anak Di Kawasan Parkir Tetapi Tidak Ditemui

Jelas ibu Madrafataha, anak perempuannya itu turun seorang diri sekitar jam 3 petang sebelum didapati tidak kembali ke rumah dan cuba untuk mencarinya di sekitar kawasan parkir kereta.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.

“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk menyalurkan maklumat kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd