Anwar Ibrahim Dinobat Sebagai Individu Muslim Ke-15 Paling Berpengaruh Di Dunia
Bagi kategori pemimpin dan ahli politik pula, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada pada kedudukan kesembilan seperti yang dikongsikan oleh The Muslim 500 itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila disebut nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti ramai yang mengagumi beliau selepas mengetahui cabaran-cabaran yang dilalui sebelum mengetuai kerajaan pada tahun 2022.
Sepanjang menggalas tanggungjawab tersebut, terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh Anwar demi menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan agama.
Nama beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah ketegasan beliau dalam memimpin juga dikagumi di peringkat global.
Anwar Ibrahim Berada Pada Kedudukan Ke-15 Daripada 500 Muslim Berpengaruh Dunia
Kredibiliti beliau terbukti apabila dinobatkan sebagai individu ke-15 dari 500 Muslim paling berpengaruh di dunia seperti yang diterbitkan dalam The Muslim 500 edisi 2025
Senarai itu dikeluarkan oleh sebuah pusat kajian bebas iaitu Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) di bawah Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt yang berpangkalan di Amman, Jordan.
Bagi kategori pemimpin dan ahli politik pula, Ahli Parlimen Tambun itu berada pada kedudukan kesembilan.

Faktor Anwar Ibrahim Tersenarai Sebagai Antara Muslim Berpengaruh Dunia
Dalam senarai itu, Anwar digambarkan sebagai seorang yang pernah mengharungi pelbagai dugaan sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX) pada November 2022 seperti dipenjara, dilucutkan jawatan dan sebagainya.
Selain itu, kelantangan Anwar dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dengan menentang pendudukan haram Israel turut ditekankan dalam penerbitan tersebut.
Bukan itu sahaja, isu di mana syarikat gergasi teknologi Meta menurunkan hantaran Anwar terhadap pembunuhan pemimpin Palestin iaitu Ismail Haniyeh yang dibunuh turut diketengahkan.
“Catatan media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh diturunkan, mendorongnya untuk menyelar META dengan berkata ‘Biar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen Zionis Israel yang menindas’,” katanya.

Antara Rakyat Malaysia Yang Turut Tersenarai
Selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa lagi individu berpengaruh yang turut tersenarai dalam penerbitan sama iaitu:
- Tun Dr Mahathir
- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
- Datuk Seri Abdul Hadi Awang
- Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Zainah Anwar
- Dr Sheikh Muszaphar
- Hafiz Hamidun
- Datuk Seri Siti Nurhaliza
- Vivy Yusof
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang dapat membawa nama negara kita persada antarabangsa.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Setia Bertahun’ – Staf Menangis Gembira Lepas Anwar Ibrahim Dilantik Jadi PM Ke-10 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Tegur Kumpulan Elit Yang Taksub Dengan Bahasa Inggeris
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.