Now Reading
7 Lelaki Belasah Seorang Individu Gara-gara Rebut Tempat Duduk Di Lapangan Terbang

7 Lelaki Belasah Seorang Individu Gara-gara Rebut Tempat Duduk Di Lapangan Terbang

Hasil siasatan mendapati bahawa pergaduhan melibatkan mangsa dan suspek itu adalah kerana perselisihan faham semasa memilih tempat duduk di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Untuk hidup bermasyarakat, kita perlulah saling bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kalau anda perasan, sudah timbul beberapa kes di mana sesetengah individu telibat dalam pergaduhan hanya disebabkan oleh perkara yang agak remeh seperti berebut tempat parkir, pelanggan, alat kawalan televisyen dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Berebut Pelanggan Di Medan Selera Punca Peniaga Bergaduh Di Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Jiran Perang Mulut Gara-Gara Rebut Parkir Punya Pasal [Video]

Situasi hampir sama ini dipercayai berlaku sekali lagi sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa terlibat.


Lelaki Dibelasan Tujuh Individu Kerana Berebut Tempat Duduk Di Lapangan Terbang

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan individu memukul seorang lelaki di tepi jalan raya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Selain dibelasah dengan batang kayu, mangsa berbaju hitam dan berseluar pendek itu juga dipercayai ditendang beberapa kali.

Kejadian yang berlaku itu sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang memperlahankan kenderaannya selepas melihat beberapa kereta dipercayai dinaiki suspek berhenti di tepi jalan.


Tujuh Orang Suspek Telah Ditahan

Memetik laporan Sinar Harian, tujuh orang lelaki telah ditahan dalam serbuan yang dijalankan sekitar Skudai dan Johor Bahru kira-kira pada jam 8 malam Isnin lalu (7 Oktober).

Penahanan itu juga menyebabkan dua kenderaan iaitu Honda Accord dan Mazda 6, alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan dua batang kayu rotan telah dirampas oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Tan Seng Lee memaklumkan hasil siasatan mendapati bahawa punca kejadian adalah disebabkan oleh perselisihan faham semasa memilih tempat duduk di lapangan terbang.

Difahamkan, mangsa dan suspek tidak mengenali antara satu sama lain.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian itu kerana perselisihan faham yang bermula hanya disebabkan perebutan tempat duduk di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Oleh kerana situasi tersebut, mangsa yang berusia 39 tahun telah dikejar di jalan raya sebelum dibelasah sehingga mengalami cedera ringan, luka calar dan bengkak.

Selain itu, hasil semakan mendapati bahawa empat daripada tujuh orang suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau jenayah dan dadah.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Selasa (8 Oktober) sehingga Jumaat ini (11 Oktober) dan kes akan disiasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd