Anwar Ibrahim Tegur Kumpulan Elit Yang Taksub Dengan Bahasa Inggeris
Anwar Ibrahim turut menyangkal tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa kejayaan hanya boleh dicapai dengan menguasai Bahasa Inggeris.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan penggunaannya sudah didedahkan sejak usia muda lagi seperti di sekolah dan bersama ahli keluarga di rumah.
Namun jangan terkejut sekiranya anda terjumpa dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Lebih membimbangkan lagi apabila mereka juga tidak memahami pertuturan yang menggunakan bahasa tersebut.
Sesetengah kes seperti ini dipercayai berlaku kerana mereka lebih kerap membudayakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: “Agak Menyedihkan” – Pakar Bahasa Ulas Isu Rakyat Malaysia Masih Tak Reti Berbahasa Melayu
Anwar Ibrahim Kritik Golongan Elit Yang Lebih Banyak Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Baru-baru ini ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi teguran berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris.
Jelas beliau, wujud segelintir kelompok elit yang memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan mengabaikan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam komunikasi harian.

Anwar turut menyangkal tanggapan sesetengah pihak yang kononnya mendakwa kejayaan hanya boleh dicapai dengan menguasai Bahasa Inggeris.
“Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taksub dengan Bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.
Memetik laporan Kosmo, Anwar juga menegaskan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi sebagai mana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia serta ia bersifat lingau franca apabila ia juga banyak digunakan secara meluas di negara lain.
“Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi berdasarkan perlembagaan tetapi zaman digital, teknologi kecerdasan buatan (AI), perindustrian dan tenaga kerja memang mementingkan bahasa Inggeris, jadi tidak perlu dipertikaikan lagi.
“Namun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus diberi penekanan dan itu komitmen kerajaan,” jelas Anwar.
Surat Rasmi Kerajaan Diwajibkan Menggunakan Bahasa Kebangsaan
Pada Oktober 2023, Pengerusi Pakatan Harapan ini juga telah mewajibkan semua surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.
Peringatan itu ditujukan khusus buat syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang akan berurusan dengan pihak kerajaan.
Malah, beliau turut menegaskan sekiranya surat rasmi yang dihantar tidak menggunakan bahasa kebangsaan, maka ia akan dipulangkan semula.
Baca Artikel Berkaitan: PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar utama sejak 2015 kerana perlembagaannya tidak mempunyai agama atau bahasa rasmi.
Memetik laporan Malay Mail, kenyataan itu adalah berdasarkan Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan Sabah dan Sarawak untuk memilih bahasa pilihan mereka sebagai medium komunikasi rasmi.
Untuk info, negeri Sarawak mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Baca Artikel Berkaitan: Sarawak Masih Terima Surat Rasmi Dalam Bahasa Inggeris, Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



