“Tahap Kesihatan Mental Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal GISBH Sedang Dinilai” – KKM
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kanak-kanak tersebut disyaki mengalami cabaran kesihatan mental yang mungkin disebabkan oleh trauma.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan serbuan di rumah amalnya pada 11 September lalu yang menyelamatkan 402 orang kanak-kanak, topik berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hangat diperkatakan sehingga kini.
Sehubungan itu, seorang guru agama yang juga warden telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan menganiaya tiga kanak-kanak lelaki di rumah amal GISBH.
Pada Jumaat lalu (27 September), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut membawa isu berkaitan GISBH sebagai intipati khutbah Jumaat.
Khutbah oleh JAKIM menjelaskan tentang berpegang pada manhaj yang benar, manakala JAIS menyentuh isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Premis Rumah Amal GISB, Kanak-Kanak Diajar Meliwat & Diliwat
Baca Artikel Berkaitan: Dera 3 Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH, Cikgu Dipenjara 10 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Khutbah Jumaat: JAKIM Ulas Isu Ajaran Sesat, JAIS Sentuh Kes Eksploitasi Kanak-kanak Babit GISBH
KKM Nilai Tahap Kesihatan Mental Kanak-Kanak
Terbaharu semalam (1 Oktober), media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menilai tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi disyaki mengalami cabaran kesihatan mental, kemungkinan disebabkan oleh trauma yang dilalui.
“Beberapa aspek masih dalam siasatan. KKM akan menyediakan sokongan kaunseling, dan saya percaya Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) akan terlibat di peringkat klinik,” katanya selepas sambutan Hari Warga Emas semalam.
Kanak-Kanak Terkesan Telah Jalani Sesi Kaunseling
Tambah Dr Dzulkefly, walaupun kaunseling telah diberikan kepada kanak-kanak yang terkesan, statistik terkini mengenai status kesihatan mental mereka masih belum tersedia.
“Saya yakin kita boleh berikan kemas kini mengenai perkara ini dalam waktu terdekat,” katanya.
Di samping itu, beliau turut menerangkan bahawa NCEMH memegang tanggungjawab bagi memberi servis kaunseling, manakala KKM mengendalikan isu berkaitan kesihatan dan perubatan.
Katanya, KKM juga akan menawarkan perkhidmatan sokongan khusus terhadap kanak-kanak yang terkesan berlandaskan kepakarannya.
KKM sebelum ini telah menyediakan seramai 13 pakar psikologi dari NCEMH dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi merawat kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH.
Kanak-Kanak Berisiko Menjadi ‘Stateless’
Sebelum ini, pelbagai pendedahan telah dilakukan membabitkan kanak-kanak di rumah amal GISBH termasuk dakwaan dieksploitasi dan penderaan.
Malah, wujud juga kanak-kanak yang tidak dapat dipastikan nasabnya dan berdepan risiko diisytihar sebagai anak wati’ syubhah, iaitu anak kelahiran persetubuhan tidak sah, jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata status nasab sesetengah kanak-kanak yang diselamatkan itu samar kerana ada ibu bapa yang seolah-olah tidak mengenali mereka.
Menurut pengamal undang-undang sivil dan syarie, Muhammad Hariz Md Yusoff, keadaan ini seterusnya meletakkan kanak-kanak terbabit dalam risiko diisytihar sebagai stateless atau tanpa warganegara.
Baca Artikel Berkaitan: KPN Dedah Ada Ahli GISBH Miliki 34 Anak, Tetapi Hanya 2 Orang Tinggal Bersama
Baca Artikel Berkaitan: Ada Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal Dikaitkan Dengan GISBH Berstatus OKU, Autisme & ‘Bin Abdullah’
Baca Artikel Berkaitan: Sering Dikait Dengan Kumpulan Al-Arqam, Ini Sejarah Penubuhan GISBH
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.