Now Reading
Sepatutnya ‘Mohd Nor Tumin’, Sejarawan Dakwa Ada Kesilapan Pada Nama Di Tugu Peringatan Sintok

Sepatutnya ‘Mohd Nor Tumin’, Sejarawan Dakwa Ada Kesilapan Pada Nama Di Tugu Peringatan Sintok

Dakwanya, kesilapan nama pada Tugu Peringatan Sintok membabitkan seorang anggota polis hutan yang terkorban akibat serangan hendap komunis pada 1975.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tugu peringatan dibina bagi memperingati jasa pahlawan negara yang gugur dalam usaha mereka demi mempertahankan tanah air.

Sama ada berdepan penjajah British, imperialis Jepun mahupun kumpulan komunis, jasa pejuang tanah air pasti terpahat di ingatan setiap rakyat yang patriotik, sekaligus turut menjadi pengajaran di masa akan datang.

Antara tugu peringatan yang terkenal dan menjadi tempat tarikan pelancong di dalam negara termasuk Tugu Negara di Kuala Lumpur, Tugu Peringatan Perang di Ipoh, Perak dan Tugu Peringatan Perang Kundasang di Sabah.


Nama Anggota Polis Ada Kesilapan

Tugu Peringatan Sintok didirikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bertujuan untuk memperingati mereka yang gugur akibat keganasan komunis di Sintok, Kedah.

Namun, aktivis sejarah Mohd Azlan Mohd Sharif memaklumkan bahawa nama salah seorang anggota polis yang diabdikan pada tugu tersebut mempunyai kesilapan.

Dia yang juga merupakan ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysi berkata nama ditulis pada tugu itu ialah “Mohd Nordin Tumin”, sedangkan nama sebenar Allahyarham ialah Mohd Nor Bin Tumin.

Dia sehubungan itu menegaskan pihak UUM perlu memperbetulkan kesilapan pada nama tersebut.


Arwah Terkorban Dalam Serang Hendap Komunis

Menurut Malaysiakini, arwah Mohd Nor Tumin adalah salah seorang daripada lapan anggota polis hutan yang terkorban akibat serangan hendap komunis di sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam di sempadan Malaysia-Thailand pada tahun 1975.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu ketika itu telah dikebumikan di Senggarang, Batu Pahat.

Mohd Azlan berkata walaupun dia pernah membuat pembentangan di webinar dalam talian berkenaan perjuangan anggota polis hutan menentang komunis, namun dia ketika itu tidak tahu tentang kewujudan Tugu Peringatan Sintok.

“Saya dapat tahu berkenaan kesilapan nama Allahyarham wira polis tersebut pada tugu Peringatan Sintok daripada Haji Jasman, adik ipar kepada Allahyarham Mohd Nor Tumin.”

“Gambar tugu tersebut dikongsi kepada saya dan saya terkejut melihat kesilapan nama, iaitu ‘46768 Mohd Nordin Tumin’ yang sepatutnya ditulis ‘46768 Mohd Nor Bin Tumin,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tambah Mohd Azman, kesilapan pada nama pejuang tanah air itu telah terlepas pandang selama 32 tahun sejak tugu tersebut dirasmikan.


Dakwa Jumpa Rakan Setugas Allahyarham

Dalam pada itu, Mohd Azlam mendakwa bahawa dia telah berjaya menemui rakan setugas Allahyarham. Katanya, individu yang bernama Sarjan Mejar (B) Rosali Salim itu menjadi saksi hidup peristiwa 18 Jun 1975.

Sehubungan itu, dia berkongsi harapan agar pihak UUM menghubunginya dan bagi bekerjasama dalam kajian untuk meneliti peristiwa tersebut yang menyebabkan terdirinya Tugu Peringatan Sintok.

“Sijil kematian arwah hilang, tetapi jelas di kubur tersebut. Pihak UUM dan Muzium PDRM boleh berjumpa saksi pada kejadian tersebut.”

“Saya memohon UUM membuat kajian terperinci berkenaan semua anggota polis yang terkorban termasuk kubur, papan tanda sejarah, serta tentang kebajikan balu dan keluarga,” katanya.

Memetik Malaysiakini yang sudah menghubungi UUM, institusi pengajian tinggi itu berkata penelitian dan semakan lanjut mengenai perkara itu akan dilakukan oleh pihaknya.


35 Nama Terpahat Pada Tugu Peringatan Sintok

Untuk info, Tugu Peringatan Sintok yang didirikan di Dataran Perwira berdekatan markas Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UUM (UUM) bertujuan bagi memperingati pejuang tanah air yang terkorban akibat keganasan komunis.

Dirasmikan pada 21 April 1992 oleh Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, tugu tersebut mengabdikan nama 35 individu termasuk anggota keselamatan, orang awam dan dua orang isteri anggota polis.

Tugu yang direka berdasarkan ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah itu telah mendapat Status MSC.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd