Iran Lancar Hampir 200 Peluru Berpandu Balistik Terhadap Israel Untuk Balas Kekejaman IDF
Serangan oleh Iran ini dilakukan selepas tentera Israel bertindak membunuh pemimpin tertinggi Hamas, ketua kumpulan Lubnan Hizbullah dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (1 Oktober), Iran telah melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Zionis terhadap rakan sekutunya Hizbullah di Lubnan.
Ketika insiden berlaku, penggera amaran dibunyikan di seluruh Israel dan letupan boleh didengari di Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan sementara warga Israel berkumpul di tempat perlindungan bom.
Memetik Astro Awani, wartawan media Reuters melihat peluru berpandu dipintas di ruang udara negara jiran Jordan. Lapor BBC, lebih 180 peluru berpandu telah dilancarkan dalam serangan terbabit.
BREAKING🔴
— Sheikh Nabeel (@SheikhSpeaks786) October 1, 2024
ISRAEL BASE HIT BY MASSIVE IRANIAN ATTACK
Over 400 missiles have been launched from Iran, explosions are being heard across Jerusalem & Tel Aviv
U.S. is assisting Israel in defense efforts#Iran #Israel #TelAviv #IranAttackIsrael #WWIII #Lebanon #Gaza #Missile #War pic.twitter.com/jZxTzLBz4d
IRGC Lapor 90% Daripada Peluru Kena Pada Sasaran
Sebelum ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah mengumumkan bahawa sebarang serangan peluru berpandu balistik dari Iran dijangka akan berleluasa. Oleh disebabkan itu, pihak tentera menasihati orang ramai untuk berlindung di bilik selamat sekiranya berlaku serangan.
Tentera IDF berkata hanya ‘beberapa’ peluru direkodkan terkena pada bahagian tengah dan selatan negara itu. Manakala dua orang dilaporkan cedera akibat terjatuh selepas terkena serpihan peluru di kawasan Tel Aviv, lapor perkhidmatan kecemasan Israel.
Pun begitu, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa 90% peluru yang dilepaskan mengenai sasaran mereka.
Serangan Iran Adalah Respon Kepada Pembunuhan Rakyat Gaza, Lubnan & Lain-lain
IRGC pada hari sama memberitahu bahawa serangan terhadap rejim Zionis adalah respon kepada serangan maut Israel terhadap penduduk di Gaza dan Lubnan, pembunuhan pemimpin tertinggi IRGC Abbas Nilforoushan, pemimpin Hamas iaitu Ismail Haniyeh serta ketua kumpulan Lubnan Hizbullah, Hassan Nasrallah.
IRGC dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyasarkan peluru berkenaan pada tiga pangkalan tentera sekitar Tel Aviv.
Terdahulu, Ismail Haniyeh dilaporkan maut dibunuh di kediamannya sekitar Tehran, Iran. Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab atas perkara tersebut.
Namun, Israel pernah berikrar untuk membunuh Ismail dan pemimpin Hamas yang lain selepas melakukan serangan balas pada 7 Oktober 2023.
🚨 INSANE FOOTAGE OF IRANIAN MISSILES POUNDING ISRAELI TARGETS pic.twitter.com/aMeGLVkzoM
— Iran Observer (@IranObserver0) October 1, 2024
Baca Artikel Berkaitan: Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh Maut Dibunuh Di Iran
Baca Artikel Berkaitan: Timbalan Ketua Hamas Terbunuh Akibat Serangan Dron Di Lubnan
Netanyahu Sifatkan Serangan Iran Sebagai ‘Kesilapan Yang Besar’
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyelar tindakan Iran selepas menyerang negara tersebut dengan melancarkan peluru berpandu balistik.
Dia berpendapat bahawa ia adalah satu ‘kesilapan yang besar’ dan akan ‘membayar’ semula serangan terbabit.
“Mereka (Iran) akan faham. Kami akan mematuhi peraturan yang kami tetapkan iaitu sesiapa yang menyerang kami, kami akan menyerang,” ikrar Netanyahu.
Perkembangan Terbaharu Mengenai Serangan Di Palestin & Lubnan
Untuk pengetahuan semua, mangsa terkorban di Palestin akibat serangan kejam IDF telah mencecah lebih dari 41,000 nyawa.
Mangsa yang terkorban melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Malah, bangunan dan tempat kediaman penduduk juga telah dihancurkan serta dibom.
Bagi menyokong dan mempertahankan rakyat Palestin yang tidak bersalah, Hizbullah mula melancarkan roket ke utara Israel sejurus perang di Gaza bermula.
Tentera Israel telah berbalas tembakan dengan Hizbullah merentasi sempadan Israel-Lubnan, menyebabkan puluhan ribu penduduk di kedua-dua negara kehilangan tempat tinggal.
Sepanjang bulan lalu, tentera Israel meningkatkan serangannya ke atas Lubnan, menyerang sasaran di ibu kota Beirut dan mencetuskan lebih banyak kebimbangan penduduk tempatan terhadap kekejaman yang tidak berkesudahan.
Meskipun tentera Israel berkata mereka menyerang kedudukan tentera Hizbullah, tetapi rumah dan bangunan di seluruh selatan dan timur Lubnan telah rosak dan ratusan orang awam termasuk kanak-kanak dilaporkan terbunuh.
Baca Artikel Berkaitan: “Zon Selamat Palsu & Mengelirukan” – UNRWA Dakwa Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram