Now Reading
Pengguna Aplikasi MyJPJ Perlu Ada MyDigital ID Untuk Log Masuk Mulai 10 Oktober

Pengguna Aplikasi MyJPJ Perlu Ada MyDigital ID Untuk Log Masuk Mulai 10 Oktober

MyDigital ID adalah kaedah pengesahan identiti bagi memudahkan sebarang perkhidmatan digital kerajaan dan memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, semua urusan boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu ke premis secara fizikal. Antaranya memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, pasport dan sebagainya.

Salah satu aplikasi yang banyak digunakan oleh orang ramai sejajar dengan visi negara ke arah digitalisasi adalah aplikasi MyJPJ.

Namun bagi pengguna aplikasi MyJPJ, ada satu berita penting yang perlu diambil perhatian.


MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Aplikasi MyJPJ

Menerusi pemerhatian di aplikasi MyJPJ, satu notifikasi memaparkan pengumuman tentang keperluan pengguna untuk mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi berkenaan.

Dalam paparan tersebut, ia menjelaskan bahawa pembaharuan log masuk itu akan diwajibkan bermula 10 Oktober ini.

Mereka yang tidak mendaftar di MyDigital ID tidak akan boleh menggunakan aplikasi MyJPJ selepas tarikh tersebut.

“Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk,” kenyataan dalam paparan di aplikasi MyJPJ.

Bagi memudahkan masyarakat, pihak JPJ turut menyediakan butang bersama pautan yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi MyDigital ID di platform Apple App Store atau Google Play Store.

Sumber: MyJPJ

Semakan kami di aplikasi kerajaan yang lain antaranya MySejahtera mendapati notis sebegini belum ada dipaparkan buat makluman pengguna.

Namun, buat pengguna MySejahtera, ruangan log masuk kini mempunyai dua pilihan sama ada melog masuk menggunakan nombor telefon atau menggunakan MyDigital ID.

Sumber: MySejarahtera

Apa Itu MyDigital ID?

Untuk pengetahuan umum, MyDigital ID digunakan sebagai kaedah pengesahan bagi memudahkan semua perkhidmatan digital kerajaan dan memperkukuhkan keselamatan transaksi dalam talian.

Pada 1 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional dan menjadi individu pertama di Malaysia yang memiliki pengenalan digital itu.

Sumber: Soya Cincau

Selain itu, penggunaan MyDigital ID pada portal kerajaan juga dapat menjamin transaksi yang selamat melalui sistem berasaskan kriptografi yang diperakui keselamatannya oleh Pensijilan Kriteria Umum menerusi pengiktirafan EAL3+ di peringkat antarabangsa.

Sumber: Soya Cincau

Memetik sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sistem yang sama ini turut dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Estonia, India, Kanada, Australia, United Kingdom dan lain-lain.

Antara transaksi yang boleh dilakukan oleh rakyat di negara yang menggunakan identiti digital ini adalah seperti:

  • Membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank untuk membuktikan identiti.
  • Melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan.
  • Melakukan transaksi penyewaan  hartanah.
  • Mengundi dalam talian.
  • E-pembelajaran.

Baca Artikel Berkaitan: Pendaftaran MyDigital ID Akan Dibuka Bermula Mac 2024

Baca Artikel Berkaitan: Kenali e-Estonia, Sistem Tadbir Urus Digital Yang Diguna Kerajaan Estonia 2 Dekad Sebelum Wujudnya PADU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd