Now Reading
53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK

53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK

AKPK mendedahkan 28% rakyat Malaysia yang sudah bekerja turut membuat pinjaman wang bagi membeli barangan keperluan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerana terpengaruh dengan media sosial dan rakan-rakan sebaya, ramai anak muda pada zaman ini yang dibelenggu dengan bebanan hutang selepas membuat pinjaman bank dan berkelakuan boros.

Tidak dinafikan, segelintir daripada mereka bertindak sedemikian demi mempamerkan gaya hidup yang mewah di media sosial dan mahu merealisasikan sesuatu impian seperti bercuti ke luar negara dan lain-lain.

Namun niat tersebut boleh memakan diri sehinggakan ada yang sudah disenarai hitam pada usia muda.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal


53,000 Anak Muda Bawah 30 Tahun Dibebani Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion

Memetik laporan Harian Metro, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan bahawa seramai 53,000 individu berusia 30 tahun ke bawah kini dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Selain itu, 28% daripada rakyat Malaysia yang sudah bekerja turut membuat pinjaman wang bagi membeli barangan keperluan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut mendedahkan bahawa kewujudan skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ turut menjadi kebimbangan sekiranya pengguna tidak mempunyai disiplin dalam menguruskan kewangan.

“Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit, dan terutamanya skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan dewasa muda.

“Meskipun ia memudahkan, kekurangan pemahaman mengenai implikasi dan kekurangan disiplin dalam mengurus komitmen kemudahan ini boleh mengakibatkan hutang yang tidak terurus,” katanya.

Menerusi tinjauan celik kewangan yang dijalankan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), hanya 36% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai fahaman mengenai konsep asas kewangan seperti kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko.

Sumber: Envanto

30% Rakyat Malaysia Dibebani Hutang

Dalam tempoh tujuh tahun lepas, Jabatan Insolvensi melaporkan seramai 274,628 rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis dengan 46,132 daripada kes itu direkodkan antara tahun 2018 dan Mei 2022.

Hampir 60% daripada mereka yang diisytihar muflis itu adalah individu yang berada dalam lingkungan umur antara 25 hingga 44 tahun.

Memetik laporan Bernama, satu tinjauan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati bahawa 30% rakyat Malaysia terbeban dengan hutang yang dimiliki oleh mereka sejak awal bekerja.

Baca Artikel Berkaitan: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

Baca Artikel Berkaitan: 5% Rakyat Malaysia Hutang Lebih RM1 Juta Sejak 5 Tahun Lepas – Jabatan Insolvensi


Tips Untuk Menyimpan Wang Walaupun Bergaji Rendah

Gambar sekadar hiasan.

Amalan menyimpan wang memang sangat penting untuk dilakukan dari usia muda lagi. Dapat simpan sikit-sikit pun tak apa, yang penting konsisten.

Bak kata pepatah ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Antara tips yang boleh diamalkan sekiranya anda ingin mula menyimpan wang dari sekarang adalah:

  • Mengasingkan minimum 10% daripada gaji untuk tujuan simpanan.
  • Melabur di beberapa premis yang sah seperti Tabung Haji (TH), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya.
  • Menambah pendapatan atau ‘side income’ dengan membuat kerja part-time.
  • Perbanyakkan bersedekah.
  • Membayar zakat.
  • Memotong penggunaan kad kredit.
  • Menyimpan wang di tempat yang sukar untuk dikeluarkan bagi tujuan berfoya-foya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tambah Hutang, Dunia Sedang Berubah Drastik” – Lelaki Ini Beri 10 Tips Urus Kewangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd