Now Reading
Tong Sampah Dalam Suria KLCC Terbakar, Punca Masih Dalam Siasatan

Tong Sampah Dalam Suria KLCC Terbakar, Punca Masih Dalam Siasatan

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran yang berlaku semalam (29 September) melibatkan longgokan kotak dalam tong sampah di Suria KLCC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengunjung pusat membeli-belah Suria KLCC pada malam semalam (29 September) telah berdepan detik cemas apabila bunyi siren kedengaran serta kepulan asap dilihat di dalam premis.

Malah, sesetengah pengunjung turut mendakwa mereka terhidu bawa asap kebakaran.

Susulan itu, pihak pengurusan Suria KLCC membuat pengumuman di dalam bangunan tersebut untuk meminta agar orang ramai mengosongkan bangunan demi tujuan keselamatan.

Beberapa video ketika kejadian turut sempat dirakam oleh pengunjung di sana.


Kebakaran Berlaku Dalam Tong Sampah Di Tingkat 3 Suria KLCC

Memetik laporan Kosmo, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 8:12 malam.

Sejurus menerima panggilan, seramai 22 anggota serta pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah segera ke Suria KLCC.

Kerja pemadaman dan pengudaraan dilakukan dengan menggunakan satu aliran hos sebelum kebakaran berjaya dikawal pada jam 8:45 malam.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca-punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelas PGOKL.

Sumber: Kosmo

Difahamkan asap tebal ditemui di tingkat tiga bangunan sebelum menemui ia adalah di dalam tong sampah.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati asap tebal di tingkat tiga bangunan sebelum anggota operasi bertindak mencari punca api.

“Kebakaran berlaku dibahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah,” katanya.


Ini Penjelasan Dari Pihak Suria KLCC

Suria KLCC dalam satu kenyataan di laman Facebook mengesahkan kejadian jam 8:07 malam pada 29 September 2024 itu telah mengakibatkan bunyi loceng kebakaran.

Pihak bomba berjaya membersihkan kawasan itu sebelum pusat beli-belah berkenaan disahkan selamat dikunjungi semula oleh pelanggan kira-kira jam 9:34 malam.

Pihak Suria KLCC turut berterima kasih kepada pasukan bomba kerana memberikan respon pantas berhubung kejadian.

“Keselamatan dan kesejahteraan orang ramai di Suria KLCC kekal menjadi keutamaan kami,” kata pihak pengurusan Suria KLCC.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd