Now Reading
Tular Video Lelaki Lompat Di Landasan Monorel Bukit Bintang, Suspek Kini Dicari Oleh Polis

Tular Video Lelaki Lompat Di Landasan Monorel Bukit Bintang, Suspek Kini Dicari Oleh Polis

Kejadian individu melompat di landasan monorel Stesen Bukit Bintang itu dilaporkan berlaku pada 24 September (Selasa) sekitar jam 10 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel dan sebagainya, pasti anda akan perasan papan tanda yang mengingatkan orang ramai untuk tidak melepasi laluan landasan.

Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya dan berisiko mengakibatkan maut sekiranya terdapat individu yang tidak mengikut arahan tersebut.

Meskipun sudah diberikan nasihat dan peringatan untuk berhati-hati, namun masih wujud individu yang berdegil untuk tetap melakukan aksi sedemikian seperti mana yang berlaku pada Selasa lalu (24 September).


Lelaki Lompat Di Landasan Monorel Bukit Bintang

Menerusi satu rakaman yang tular dimuat naik semula di laman X (@anthraxxx781), seorang lelaki berbaju putih dilihat selamba melompat pada landasan monorel di Stesen Bukit Bintang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu memperlihatkan individu berkenaan melompat dari Platform 2 ke Platform 1 yang berada pada arah bertentangan.

Memetik sumber dari Goody, saksi di lokasi berhampiran mengatakan bahawa tren monorel hampir di tiba di stesen tersebut ketika lelaki berkenaan melompat ke Platform 1.

Jelas saksi itu lagi, dia mendakwa individu terbabit merupakan warga asing dan cuba untuk melarikan diri daripada pengawal keselamatan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri pakaian.

Difahamkan, lelaki itu kemudiannya dipercayai telah ditahan di Fahrenheit Mall.


Pihak Polis Sedang Kesan Individu Lompat Landasan Monorel

Susulan video yang tular itu, pihak polis kini sedang melakukan usaha untuk mengesan lelaki yang melompat di landasan monorel Stesen Bukit Bintang.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan satu laporan polis berhubung kejadian telah dibuat pada 25 September lalu.

Walau bagaimanapun, identiti suspek masih belum dikenal pasti.

Sumber: Goody

“Laporan polis berkenaan kejadian itu dibuat oleh Polis Bantuan Prasarana pada jam 9.34 malam semalam. Walaupun usaha telah dilakukan untuk menahan suspek, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan).

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang berlaku untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd