Tiada Lagi Plastik Di 8,000 Premis Perniagaan Bermula 1 Oktober 2024
Antara kedai serbaneka yang akan turut serta dalam inisiatif menghentikan penggunaan beg plastik ini adalah 99 Speedmart dan 7-Eleven.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak tahun 2020, Malaysia telah diperkenalkan dengan satu sistem yang mana tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis seperti dinyatakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Oleh disebabkan itu, sesetengah premis telah mengenakan caj minimum 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.
Pun begitu, inisiatif ini tidak bertahan lama selepas banyak pihak mula menggunakan semula beg plastik ketika melakukan urusan beli-belah.
8,000 Premis Henti Penggunaan Beg Plastik
Semalam (26 September), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memaklumkan sebanyak 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan pemberian beg plastik sepenuhnya.
Inisiatif yang bermula pada 1 Oktober 2024 ini melibatkan sebanyak 8,000 premis perniagaan.
Menurut Kor Ming, antara entiti perniagaan yang turut sama dalam usaha ini adalah seperti 99 Speedmart, Aeon, 7-Eleven, TF Value Mart, Guardian dan lain-lain.
Pelanggan Perlu Bawa Beg Sendiri
Jelas Kor Ming, pelanggan diberi pilihan untuk membawa beg mereka sendiri dari rumah atau membeli mana-mana jenis beg kitar semula yang dijual di sesebuah kedai.
“Ada yang sudah melaksanakan inisiatif ini, tetapi pada hari ini mereka menandatangani Akujanji untuk berikrar melaksanakannya secara besar-besaran mulai minggu depan.
“Sekiranya pelanggan tidak membawa beg sendiri, mereka boleh membeli beg kitar semula di kedai itu,” ulas beliau.
Perkara ini dimaklumkan beliau semasa sesi pelancaran kempen ‘Tiada Beg Plastik Sekali Guna’.
Jangka Dapat Kurangkan 200 Juta Plastik Dalam Setahun
Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut, Kor Ming berkata bahawa pelaksanaan program ini dijangka akan mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak 200 juta dalam jangka masa setahun.
Perkara tersebut sekaligus turut mengurangkan jumlah sisa plastik yang perlu dilupuskan dan dalam masa sama membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada pada ketika ini.Â
Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang tinggi selama ini iaitu sebanyak RM2 bilion setahun.
Inisiatif ini juga diharapkan mampu mengurangkan pergantungan berterusan ke atas tapak pelupusan.
“Pada masa ini, Malaysia mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari. Pembukaan dan naik taraf tapak pelupusan memerlukan kos yang sangat tinggi,” tambah beliau.
Baca Artikel Berkaitan: Pasar Raya Di Negeri Sembilan Tidak Dibenar Caj 20 Sen Untuk Beg Plastik, Penduduk Negeri Lain Buat Perbandingan
Sasar Henti Guna Beg Plastik Untuk Semua Sektor Perniagaan Pada 2025
Pada Mei tahun lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Azmi Nik Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk menghentikan penggunaan beg plastik di semua sektor perniagaan di Malaysia pada tahun 2025.Â
Pelaksanaan ini akan dibuat secara berfasa melibatkan premis tetap (seperti pasar raya) diikuti premis perniagaan termasuk warung atau peniaga gerai tepi jalan.
Dalam memastikan objektif pelaksanaan ini tercapai, pendekatan yang bakal diambil tidak hanya terhad kepada denda sahaja, malah akan ada insentif bagi menggalakkan peralihan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Penggunaan Beg Plastik Pada Tahun 2025
Baca Artikel Berkaitan: Caj Beg Plastik Mungkin Akan Naik Hingga 50sen Di Penang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram