Now Reading
Parlimen Haramkan Gula Setiap Rabu Mulai 14 Oktober, Mahu Budayakan Gaya Hidup Sihat

Parlimen Haramkan Gula Setiap Rabu Mulai 14 Oktober, Mahu Budayakan Gaya Hidup Sihat

Selain menolak gula dalam minuman pada setiap hari rabu, ahli Parlimen turut diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah kencing manis atau diabetes mellitus adalah salah satu punca kematian utama di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa cakna dengan penjagaan kesihatan terutamanya melibatkan pengambilan gula.

Lebih menggusarkan beliau lagi apabila rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis tertinggi di Asia Tenggara.

Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri


Parlimen Budayakan Hari Tanpa Gula Setiap Rabu Mulai 14 Oktober

Memetik laporan Malaysiakini, Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Johari Abdul memaklumkan bahawa Parlimen akan membudayakan hari tanpa gula pada setiap hari Rabu bagi menerapkan gaya hidup yang lebih sihat.

Keputusan itu secara tidak langsung telah ‘mengharamkan’ penggunaan gula dalam minuman bagi kalangan ahli Parlimen bermula 14 Oktober.

“Hari Rabu (kita) ‘haramkan’, tak ada gula (di Parlimen) untuk amal gaya hidup sihat, kita akan pantau. Setiap Rabu bermula 14 Oktober (akan diumumkan) hari tanpa gula,” katanya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim/ Unsplash

Pada 8 September lalu, Anwar telah melancarkan Kempen Perangi Gula dan satu lagi kempen ‘Jom Kosong’ diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh pada 13 September.

Melalui kempen yang dijalankan, ia menggalakkan gaya hidup sihat dengan membudayakan minuman tanpa gula ke seluruh negara termasuklah melibatkan pengusaha restoran serta kedai makanan segera.


Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Selain itu, Johari turut memberitahu bahawa kesemua ahli Parlimen diwajibkan untuk menjalani program pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang penyakit di peringkat awal.

Pemeriksaan kesihatan itu perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 11 November 2024 dan mana-mana pihak yang gagal melaksanakannya akan dipaparkan nama di laman web Parlimen.


Jumlah Pesakit Diabetes Di Malaysia Kelima Tertinggi Dunia

Untuk pengetahuan umum, Malaysia bukan sahaja mempunyai jumlah penghidap kencing manis tertinggi di Asia Tenggara.

Data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mendedahkan bahawa jumlah penghidap kencing manis di Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia.

Menurut data sama, terdapat 20% kelaziman (prevelans) diabetes pada orang dewasa di dalam negara.

Sumber: Pexels

Tips Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Bagi memastikan tahap gula dalam badan tidak mencapai tahap yang membimbangkan, berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan gula dalam darah. Antaranya:

  • Kerap melakukan senaman
  • Mengawal pengambilan karbohidrat
  • Perbanyakkan makanan berserat dan magnesium
  • Minum air dengan kuantiti yang mencukupi
  • Memilih makanan yang kurang indeks glisemik
  • Mendapatkan tidur yang mencukupi
  • Menurunkan berat badan

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Baca Artikel Berkaitan: Coach Diet Beri 2 Tips Untuk Potong Gula Dalam Pemakanan Harian. Penting!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd