Now Reading
Kenyataan Hartal Doktor Kontrak Tentang Skim FPP Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

Kenyataan Hartal Doktor Kontrak Tentang Skim FPP Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

Orang ramai mula bimbang jika Skim FPP gagal memastikan akses yang sama rata dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia tanpa mengira keupayaan untuk membayar servis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sistem penjagaan kesihatan di Malaysia sedang mengalami perubahan ketara dengan adanya Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP).

Skim ini telah mencetuskan kontroversi khususnya melibatkan pendirian Hartal Doktor Kontrak (HDK) iaitu sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak doktor kontrak.

Rata-rata masyarakat dilihat semakin mengkritik HDK dengan menuduh kumpulan tersebut seolah-olah mengutamakan kepentingan diri berbanding keperluan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Skim FPP memperkenalkan pilihan baharu di hospital kerajaan di mana ia membolehkan pesakit mengakses perkhidmatan pakar dengan bayaran yang lebih rendah daripada kos penjagaan kesihatan swasta.

Inisiatif ini mempunyai dua tujuan utama iaitu:

  1. Menyediakan pakar dengan pendapatan tambahan sekaligus menggalakkan mereka untuk kekal dalam sektor awam.
  2. Menawarkan pesakit kepada akses yang lebih berpatutan dari segi penjagaan pakar yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, respon daripada HDK terhadap perubahan ini telah menyebabkan ramai yang mempersoalkan sama ada kumpulan tersebut benar-benar mewakili kepentingan kedua-dua pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit.


Perkara Yang Dibimbangi Oleh HDK Menerima Kritikan Awam

Walaupun HDK telah menimbulkan kebimbangan mengenai skim FPP, pendapat dari masyarakat umum kini berubah selepas rata-rata rakyat Malaysia mengkritik pendirian kumpulan itu.

Kebimbangan utama dalam kalangan rakyat adalah skim FPP akan mewujudkan sistem dua peringkat dalam hospital awam yang berpotensi menjejaskan penjagaan kesihatan bagi mereka yang tidak mampu membayar yuran tambahan.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan pengguna media sosial apabila pakar berkemungkinan mengutamakan pesakit FPP disebabkan insentif kewangan.

Ia secara tidak langsung akan menyebabkan pesakit bukan FPP perlu menunggu lebih lama dan mengurangkan kualiti penjagaan.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat mula berasa bimbang sekiranya ia berlaku akibat penswastaan penjagaan kesihatan awam.

Segelintir netizen pula meluahkan rasa kesal kerana pernah menyokong HDK membantah terhadap dasar dan rawatan kerajaan terhadap pegawai perubatan.

Baca Artikel Berkaitan:  More Job Positions For Contract Doctors After #HartalDoktorKontrak Protests Last Year

Perdebatan yang berlaku ini jelas menunjukkan orang ramai yang tidak menyokong kenyataan HDK kerana FPP disifatkan lebih mengutamakan akses kepada penjagaan pakar mampu milik berbanding kebimbangan yang diutarakan oleh HDK.

Pelaksanaan skim FPP dan pembaharuan penjagaan kesihatan lain akan terus menjadi topik perbincangan hangat ketika Malaysia sedang berusaha untuk mengimbangi keperluan pekerja penjagaan kesihatan, pesakit dan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd