Now Reading
Dera 3 Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH, Cikgu Dipenjara 10 Tahun

Dera 3 Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH, Cikgu Dipenjara 10 Tahun

Guru agama yang juga warden, Muhammad Barur Rahim Hisam, dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan menganiaya tiga kanak-kanak lelaki di rumah amal GISBH.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kontroversi berkait GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hangat diperkatakan susulan serbuan di premis rumah amalnya yang menyaksikan 402 kanak-kanak diselamatkan.

Sehubungan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar proses tindakan lanjut berhubung isu GISBH dipercepatkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata beliau tidak akan berkompromi mengenai isu berkait GISBH dan tindakan akan diambil tanpa mengira kedudukannya.

Baca Artikel Berkaitan: Isu GISBH: Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Lanjut

Baca Artikel Berkaitan: Kalau Isu GISBH Nak Kena Kompromi, Tiada Makna Saya Jadi Perdana Menteri – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Premis Rumah Amal GISB, Kanak-Kanak Diajar Meliwat & Diliwat


Guru Agama Dihukum Penjara 10 Tahun

Hari ini (26 September) seorang guru agama yang juga warden, Muhammad Barur Rahim Hisam, dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atas tuduhan mendera tiga kanak-kanak lelaki di rumah amal GISBH.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Noridah Adam, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya. Hukuman bermula sejak tarikh tangkapan pada 11 September lalu.

Tertuduh sebelum ini merupakan seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 12 tahun.

Menurut pertuduhan, dia telah merotan tapak tangan kanan seorang kanak-kanak kerana membuang sampah merata-rata.

Tertuduh berusia 23 tahun itu turut mengaku merotan tapak tangan mangsa kedua sebanyak enam kali yang kemungkinan menyebabkan kecederaan.


Tertuduh Tekan Dada Mangsa Guna Lutut

Dalam satu pertuduhan lain, Barur menekan dada menggunakan lutut pada salah seorang mangsa sehingga menyebabkan lebam dan mendedahkan luka lama pada ibu jari.

Dia juga mengaku mendera mangsa ketiga menggunakan rotan, penyapu dan raket badminton yang tersimpan di biliknya.

Kesalahan dilakukan di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah di Bukit Raja, Klang Utara pada Jun, Julai dan September lalu.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Mohon Hukuman Maksimum

Terdahulu semasa prosiding, tertuduh telah merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan bahawa dia telah menginsafi perbuatannya.

“Saya benar-benar insaf tekad serta berazam untuk tidak mengulangi lagi (kesalahan),” kata Muhammad Barur yang tidak diwakili peguam.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh memohon mahkamah agar mengenakan hukuman maksimum. Ini selepas pihaknya mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh serius, malah telah tular sehingga menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Akibat perbuatan itu mangsa-mangsa yang masih bersekolah (mengalami) trauma dan menghantui mereka,” kata Kalmizah.


Tular Video Kanak-Kanak Di Rumah Amal GISBH Didera

Video tular di media sosial sebelum ini menyaksikan beberapa kanak-kanak lelaki di sebuah rumah amal dipercayai didera.

Dapat dilihat kanak-kanak tersebut mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berhubung video terbabit pada 16 September lalu.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya berjaya ditemui dalam kalangan mangsa yang telah diselamatkan sebelum ini. Dia didapati telah dipisahkan daripada bapanya sejak tahun 2021.

Baca Artikel Berkaitan: Sering Dikait Dengan Kumpulan Al-Arqam, Ini Sejarah Penubuhan GISBH

Baca Artikel Berkaitan: “Banyak Trauma” – Dakwa Keluarga Diabai, Anak Bekas Ahli GISBH Kongsi Sisi Gelap Kumpulan Ini

Baca Artikel Berkaitan: Ada Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal Dikaitkan Dengan GISBH Berstatus OKU, Autisme & ‘Bin Abdullah’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd