Galaxy Buds FE Baru Dibeli Meletup Di Turkiye Ketika Dipakai Oleh Seorang Wanita
Menurut pemilik Galaxy Buds SE tersebut, dia baru sahaja membeli gajet itu dan terus mencubanya dengan bateri berbaki 36%.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari demi hari teknologi semakin ditambah baik dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna. Walaupun begitu, wujudnya risiko berlaku insiden tidak diingini membabitkan gajet tertentu disebabkan oleh masalah-masalah dalaman.
Sebelum ini, tular kebakaran yang menyebabkan tingkat atas rumah seorang influencer hancur apabila sebuah ‘powerbank’ yang tidak digunakan meletup.
Perkara ini menyebabkan orang ramai mula cakna dengan penggunaan dan penjagaan gajet tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Tips Untuk Elak Powerbank Meletup, Kena Jaga Betul-betul!
Galaxy Buds FE Meletup Di Turkiye
Semalam (24 September), media melaporkan satu insiden membabitkan fon putik Galaxy Buds FE oleh jenama Samsung di Adana, Turkiye.
Insiden tersebut telah dikongsikan oleh seorang lelaki di forum Samsung Turkiye yang turut mendakwa teman wanitanya mengalami kehilangan pendengaran kekal selepas letusan berlaku sewaktu menggunakan buds itu.
Menurutnya, dia telah mencuba buds tersebut yang baru dibeli dengan bateri berbaki 36% sebaik dibuka kotaknya.
Buds itu turut dicuba oleh teman wanitanya sebelum meletup secara tiba-tiba. Laporan perubatan kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa mengalami masalah pendengaran kekal.
Menerusi gambar dimuat naik, hanya buds sebelah kiri yang meletup, manakala yang sebelah kanan masih dalam keadaan baik.
Samsung Tawarkan Gantian Produk Sama
Selepas kejadian itu, dia segera membawa produk yang rosak itu ke perkhidmatan teknikal Samsung bagi mendapatkan penjelasan dan penyelesaian. Namun dimaklumkan bahawa buds tersebut tidak meletup, sebaliknya hanya mempunyai kecacatan.
Penjelasan Samsung berkenaan letupan itu membuka kemungkinan bahawa pengguna lain turut berdepan risiko sama.
Respon pihak Samsung juga tidak memuaskan hati individu berkenaan yang hanya ditawarkan gantian bagi produk tersebut.
Lelaki itu memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan lanjut, namun tiada sebarang khabar berita yang dilaporkan setakat ini.
Masih Belum Ada Kenyataan Rasmi Dari Samsung
Samsung juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan insiden terbabit atau tindakan yang akan diambil bagi mengelak perkara sedemikian daripada berulang.
Insiden ini juga mengingatkan orang ramai terhadap kes letupan bateri membabitkan telefon pintar Galaxy Note 7.
Dalam pada itu, pengkritik menegaskan bahawa syarikat multibilionaire itu sepatutnya mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pengguna dengan melakukan pemeriksaan kawalan kualiti yang ketat ke atas produknya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.