Now Reading
“Luar Biasa, Global, Inklusif” MOSTI Anjur Malaysia Techlympics ’24 Untuk Kaedah Experiental Learning Buat Pelajar

“Luar Biasa, Global, Inklusif” MOSTI Anjur Malaysia Techlympics ’24 Untuk Kaedah Experiental Learning Buat Pelajar

Malaysia Techlympics 2024 ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai rakan kongsi utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 12 September lalu telah mengadakan majlis perasmian penutup untuk Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Selatan di Batu Pahat, Johor.

Pertandingan Malaysia Techlympics 2024 adalah inisiatif MOSTI terhadap usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) menerusi pendekatan pertandingan yang jauh lebih menyeronokkan, membudayakan belia.

Ini kerana Malaysia Techlympics 2024 boleh membuatkan para pelajar menggunakan minda kritikal, set kemahiran, serta inovasi yang lebih bermakna dan juga berimpak tinggi.

MOSTI Anjur Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Selatan

Sumber: MOSTI

Mengulas lanjut, penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Selatan yang merupakan pelaksanaan zon ketiga selepas ianya diadakan di Zon Sabah pada 4 dan 5 September lalu.

Tahun ini, Malaysia Techlympics 2024 menawarkan lebih daripada 40 modul yang memberikan peluang kepada pelajar untuk memperluaskan pengetahuan para pelajar STI bersama rakan sebaya dari seluruh Malaysia.

Dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai rakan kongsi utama, Malaysia Techlympics 2024 bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran yang menyelesaikan masalah melalui pendekatan berasaskan teknologi.

Acara ini lebih daripada sekadar pertandingan; ia berfokus pada memberdayakan dan mendorong generasi akan datang untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial, dan kelestarian alam sekitar demi masa depan yang lebih cerah.

Peserta yang berjaya akan melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan November 2024 bertempat di Putrajaya.

Pendekatan ‘Hands-on’.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Chang Lih Kang menjelaskan bahawa, “Matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal berdasarkan kaedah ‘Experiential Learning’ dan pertandingan ini melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina serta bangsa.

Sumber: MOSTI

“Pada masa ini, aktiviti STI diperkenalkan lebih berfokus untuk memupuk dan meningkatkan minat terhadap STI serta menggalakkan penghasilan idea inovasi dan mencungkil bakat dalam kalangan rakyat Malaysia– melibatkan golongan sasar pelajar dari peringkat sekolah sehingga tertiary khususnya daya kreativiti bagi penghasilan idea inovasi berteraskan teknologi terkini,” jelasnya.

Kang turut memaklumkan pihak MOSTI amat komited dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics ini.

Teknologi Artificial Intelligence Berkembang Pesat, MOSTI Peka Kepentingan Program Seumpama Ini

Umum turut mengetahui betapa teknologi Artificial Intelligence (AI) kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, amatlah berkembang pesat! Ini kerana ia mampu meningkatkan kecekapan dan peningkatan produktiviti apabila mengendalikan tugasan harian.

Malah, ia sekali gus membenarkan pekerja untuk melaksanakan tugasan berimpak serta bernilai tinggi yang tidak dapat dilaksanakan oleh teknologi sedia ada.

Sumber: MOSTI

“Melihat kepada kepentingan teknologi ini kepada negara, antara pengisian aktiviti dan pertandingan Malaysia Techlympics 2024 turut menekankan aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan, pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini. 

“MOSTI berpandangan bahawa program seumpama ini adalah penting untuk memberi pendedahan kepada para peserta khususnya berhubung teknologi-teknologi terkini selaras dengan misi untuk melonjakkan Malaysia ke atas rantaian nilai inovasi global,” ujarnya lagi.

Tentang Malaysia Techlympics 2024

Untuk pengetahuan umum, pelaksanaan Malaysia Techlympics 2024 ini selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 yang menekankan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembudayaan STI secara bersepadu, konsisten dan inklusif seterusnya meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malaysia Techlympics turut menekankan aspek keterangkuman dan inklusif dengan menitik beratkan akses kepada keperluan asas dan pendidikan berkualiti menerusi Program Jangkauan Keterangkuman (outreach) yang telah dirancang sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Sumber: MOSTI

Program ini antara lain bertujuan meningkatkan akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STI khususnya kepada pelajar luar bandar, guru dan komuniti setempat.

Dalam Malaysia Techlympics 2024 Zon Selatan, terdapat penghadirian oleh pelajar-pelajar dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Jangkauan Keterangkuman ini. Manakala, ramai guru jugat telah menyertai latihan atau Training of Trainers secara fizikal dan dalam talian.

Untuk mengetahui lanjut tentang Malaysia Techlympics ini, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd