Now Reading
Banduan Penjara Sungai Buloh Larikan Diri Ketika Terima Rawatan Di Hospital

Banduan Penjara Sungai Buloh Larikan Diri Ketika Terima Rawatan Di Hospital

Banduan yang menghilangkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh itu dilaporkan memiliki lapan kes jenayah termasuk membabitkan kes narkotik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes banduan terlepas bukanlah satu perkara yang sering terjadi, namun bukan satu kes yang mustahil berlaku lagi.

Semalam (18 September) lebih kurang jam 3.56 petang, seorang banduan dari Penjara Sungai Buloh dilaporkan telah melarikan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, banduan dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27, itu telah melarikan diri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

“Pihak hospital memaklumkan seorang banduan lelaki tempatan telah tiada (hilang) di katilnya dan disyaki telah melarikan diri dari hospital,” ujar Mohd Hafiz.


Banduan Ada 8 Rekod Jenayah

Mengulas lanjut mengenai butiran banduan, Kalai Kumar dilaporkan mempunyai sebanyak lapan rekod jenayah secara keseluruhan.

“Semakan mendapati individu terbabit memiliki lapan rekod jenayah terdiri daripada empat rekod jenayah dan empat rekod membabitkan kes narkotik (dadah),” ulas beliau.

Susulan itu, pihak polis kini sedang giat meneruskan usaha bagi menjejaki dan menangkap banduan yang terlepas itu.

“Pihak polis mohon kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kedudukan terkini banduan diminta untuk segera melaporkan kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau berhubung terus dengan mana-mana IPD berhampira,” tambah Mohd Hafiz.

Butiran lanjut mengenai banduan adalah seperti berikut:

  • Ketinggian: 169CM
  • Berat: 70KG
  • Mempunyai tatu lambang crown (mahkota) di bahagian dada

Baca Artikel Berkaitan: Tujuh Banduan Lari Dari Penjara Jelebu, Seorang Berjaya Diberkas


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Kes Banduan Larikan Diri

Hebahan ini telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial selepas dimuat naik di laman TikTok (@utusantvofficial). Ramai yang berasa khuatir memikirkan banduan yang masih terlepas kerana mampu membahayakan keselamatan orang awam.

“Takut lah, dah tangkap ke belum?” tanya seorang wanita.

Malah ramai juga penduduk sekitar mendoakan agar urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangkap banduan dipermudahkan.

“Allahuakbar dekat sangat dengan rumah mak. Semoga cepat ditangkap,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@utusantvofficial)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd