Now Reading
Insiden Memerang: Taman Perdana Tanjung Aru Ditutup Serta-Merta

Insiden Memerang: Taman Perdana Tanjung Aru Ditutup Serta-Merta

Sebelum ini, media melaporkan kejadian mengenai tiga orang mangsa diserang oleh sekumpulan memerang sekitar jam 6:30 pagi semalam (11 September) selepas beberapa gambar melibatkan kejadian di Taman Perdana Tanjung Aru mula tular.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berikutan insiden seorang wanita yang diserang oleh sekumpulan memerang, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengeluarkan notis yang mengarahkan Taman Perdana Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah untuk ditutup serta-merta.

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah memaklumkan tentang pengeluaran notis berkenaan kepada pengusaha taman berkenaan.

Jelasnya lagi, penutupan itu dilakukan bagi menjamin keselamatan pengunjung dan membolehkan siasatan dilakukan oleh pihak DBKK dan agensi berkaitan.

“DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan Taman Perdana Tanjung Aru bagi mengelakkan sebarang insiden lain yang tidak diingini,” katanya

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan penutupan tersebut untuk tujuan keselamatan.


Wanita Cedera Selepas Diserang Memerang Ketika Joging

Semalam (11 September), tiga orang individu iaitu dua wanita berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun yang sedang berjoging di Taman Perdana Tanjung Aru telah diserang oleh sekumpulan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan pada tubuh sehingga ada yang berdarah akibat dicakar oleh memerang tersebut kira-kira jam 6:30 pagi.

Sumber: Sinar Harian

“Ketiga-tiga mangsa yang sedang berjoging telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan memerang dari arah belakang.

“Kesemua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan dan kepala akibat gigitan dan cakaran haiwan tersebut,” katanya

Kasim menjelaskan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung kes berkenaan.


Memerang Dipercayai Mahu Mencari Makanan

Sinar Harian melaporkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah turut mengesahkan bahawa mereka menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku.

Hasil siasatan awal mendapati kumpulan memerang tersebut telah memasuki taman rekreasi itu untuk mencari makanan di kolam lokasi terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Dari Comel Bertukar Ganas, Pengunjung Cedera Diserang Memerang Di Tanjung Aru


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd