Now Reading
Malaysia Duduki Tangga Ke-5 Di Dunia Dengan Kadar Buli Siber Tertinggi

Malaysia Duduki Tangga Ke-5 Di Dunia Dengan Kadar Buli Siber Tertinggi

Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima di dunia dengan kadar siber buli tertinggi selepas Peru, Argentina, Mexico dan Brazil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buli siber adalah satu aktiviti yang membawa pengaruh negatif kerana ia dilakukan dengan mengeluarkan kata-kata buruk kepada seseorang meskipun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Lebih membimbangkan lagi apabila mangsa buli siber ini akan berasa tertekan dan bertindak di luar kawalan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

Kes seperti ini pernah berlaku di Malaysia sehingga seorang gadis bernama Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha kehilangan nyawa selepas dilaporkan menjadi mangsa siber buli oleh P Shalini pada 5 Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Wanita Mengaku Bersalah Keluarkan Kata-Kata Kesat, Didenda RM100


Malaysia Berada Pada Tempat Ke-5 Sebagai Negara Yang Kuat Siber Buli

Memetik laporan Harian Metro, Institut Kajian Pasaran (IPSOS) telah menjalankan satu kajian dan hasilnya mendapati bahawa Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang merekodkan kes insiden buli siber tertinggi.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) juga mendedahkan bahawa Malaysia menjadi negara kedua di Asia bagi kadar siber buli selepas China yang berada pada tangga pertama dan diikuti Singapura pada kedudukan ketiga.

Di peringkat dunia pula, Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima dengan kadar siber buli tertinggi selepas Peru, Argentina, Mexico dan Brazil.

Kerajaan Malaysia pada November lalu juga sedang berusaha untuk mengkaji kewajaran bagi mewujudkan satu akta yang dikenali sebagai Akta Anti Buli Siber bagi membendung gejala buli siber daripada semakin berleluasa.

Sumber: Harian Metro

Buli Siber Dilaporkan Di Malaysia Paling Banyak Berlaku Di Facebook

Pada tahun 2023, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah merekodkan 3,199 aduan berkaitan buli siber dengan 93% (2,971) daripadanya telah diselesaikan.

Facebook dikenal pasti sebagai platform pertama terjadinya buli siber (1,401 aduan), diikuti dengan WhatsApp (667), Instagram (388), TikTok (258) dan X (159).

Malaysia Bersuara yang memetik sumber dari Cyber Bullying Research Centre mendedahkan kebanyakan kes bunuh diri berprofil tinggi adalah berpunca daripada buli siber.

Bagi kes buli siber di Malaysia, pelaku boleh dikenakan tindakan berdasarkan Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 

Berdasarkan sebuah tinjauan oleh UCSI Poll Research Centre, lebih separuh peserta tinjauan bersetuju bahawa buli siber adalah suatu masalah sosial. 45% daripada mereka berasa buli siber bukan perkara yang biasa dalam dunia dalam talian dan ia boleh dihentikan. 

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Banyak Kes Buli Siber Berlaku di Malaysia?

Baca Artikel Berkaitan: Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Sumber: Pexels

Antara kes siber buli yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sebelum ini adalah melibatkan pelumba basikal dari Jepun iaitu Shinji Nakano yang ‘diserang’ di laman Instagram.

Ia dikatakan berlaku selepas Shinji dikatakan menjadi punca kepada pelumba basikal Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, Shah Firdaus terjatuh di litar perlumbaan.

Selain itu, rakyat Malaysia juga terlibat dalam melakukan buli siber terhadap penyanyi Dua Lipa selepas diejek hanya kerana dia menggelar bapanya dengan panggilan ‘babi’.

Sebagai info, maksud babi dalam bahasa Albania adalah ayah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd