Now Reading
Ziyad Zolkefli Hadiahkan Pingat Ketiga Untuk Malaysia Di Sukan Paralimpik 2024

Ziyad Zolkefli Hadiahkan Pingat Ketiga Untuk Malaysia Di Sukan Paralimpik 2024

Muhammad Ziyad Zolkefli mencatatkan lontaran terbaiknya sejauh 17.18 meter semasa acara lontar peluru kategori lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berlangsung pada 28 Ogos sehingga 8 September ini masih memberikan peluang kepada Malaysia untuk meraih pingat sebanyak mungkin dalam acara yang dipertandingkan.

Dalam temasya sukan ini, atlet-atlet Malaysia dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) telah membuat persiapan rapi bagi memenuhi misi negara dalam memperolehi 10 emas.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan sama seperti di Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu dengan memberikan sokongan padu kepada para atlet yang bertanding di Sukan Paralimpik pada tahun ini.


Malaysia Raih Pingat Ketiga Dalam Sukan Paralimpik Paris 2024

Memetik laporan Berita Harian, jaguh lontar peluru para negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli telah berjaya menyumbang pingat perak dalam acara lontar peluru kategori lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Ziyad mencatatkan lontaran terbaiknya pada percubaan ketiga dengan sejauh 17.18 meter semasa aksi final bagi sukan tersebut yang diadakan di Stade de France.

Keputusan itu meletakkan Ziyad di tempat kedua iaitu di belakang atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang berjaya meraih pingat emas dalam acara berkenaan.

Majlis Paralimpik Malaysia menerusi ciapan dimuat naik di laman Facebook Paralympic Council Malaysia turut memberikan ucapan tahniah kepada Ziyad atas kejayaan beliau.


Ziyad Bersyukur Berjaya Peroleh Pingat Perak Di Sukan Paralimpik Paris 2024

Memetik laporan Harian Metro, Ziyad sebelum ini dihantui dengan ‘episod hitam’ yang berlaku semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila penyertaannya dibatalkan kerana tiba lewat di bilik panggilan.

Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku, Ziyad yang berusia 34 tahun tiba di bilik panggilan 20 minit lebih awal pada acara kali ini.

Walaupun tidak berjaya memenangi pingat emas seperti mana yang dilakukan semasa Sukan Paralimpik Rio 2016, namun kejayaan memperolehi pingat perak pada tahun ini sudah cukup membuatkan dirinya sangat bersyukur.

Sumber: Facebook Paralympic Council Malaysia

“Alhamdulillah, untuk sumbang perak ia lebih baik daripada tiada langsung. Bagi saya memang harapan tinggi untuk pingat emas namun saya tidak rasa kecewa sangat kerana sudah cuba beri terbaik tadi.

“Kisah yang menghantui saya (Tokyo 2020) akhirnya sudah habis. Lega rasanya kerana detik tersebut memang menghantui saya sejak tiga tahun lepas hingga saya tertekan dan kini saya dapat buktikan dengan pingat perak, macam mimpi pun ada,” katanya.


Malaysia Catat Tiga Pingat Setakat Ini Di Sukan Paralimpik Paris 2024

Kejayaan yang diperoleh pada hari ini (4 September) oleh Ziyad sekaligus telah menjadikan pungutan pingat buat Malaysia sebanyak tiga medal.

Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam aksi perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) pada 2 September lalu telah mencatatkan sejarah apabila berjaya mendapat pingat emas pertama buat Malaysia selepas mengalahkan wakil dari Indonesia, Suryo Nugroho.

Selain itu, tidak dilupakan juga pingat pertama yang disumbangkan kepada Malaysia iaitu dari Eddy Bernand dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di State de France, Paris.

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Badminton Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia Di Paralimpik 2024

Baca Artikel Berkaitan: Paralimpik Paris 2024: Eddy Bernard Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Level Antarabangsa” – Baju Seragam Atlet Paralimpik Malaysia Raih Pujian Masyarakat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd